Hari ini, sekali lagi, dalam i memandu kereta perlahan2 mengekori kereta-kereta lain menuju ke destinasi kerja, terlintas dalam fikiran i tentang hidup i. Sudah empat series, apa yang sudah i capai setakat ini...?
Jeles i bila membaca cerita orang lain yang berjaya itu dan ini...i rasa, i tak ke mana pun. Tak banyak yang i lakukan dalam hidup i ini yang boleh dibanggakan.
Alaaa...setakat pencapaian akademik, siapapun mampu capai. Itu lah cetusan di fikiran i pagi tadi.
Harta yang ada selain ilmu yang amat sedikit, adalah anak2 yang 7 orang itu. Lain2...i tiada.
Ada orang mengumpul banyak harta...wang ringgit, rumah, tanah, entah apa lagi...i?
Ada orang menulis artikel berpuluh, beratus...menulis buku berbelas...menjadi konsultan kepada ramai / banyak orang dan organisasi...i?
Ada orang dah ke Tanah Suci pada usia muda...i?
Aduhaiii...terkeluh juga di hati i.
Memang la kena tepuk dada tanya selera kan. Kalau orang lain boleh buat, mengapa i tak boleh kan? Hmmm...
No comments:
Post a Comment