Alhamdulillahhhh...semalam i merasa makan tengahari yang sangat mengenyangkan sehingga tak boleh nak bengkokkan badan.
Semalam adalah hari i bertemu seseorang yang lama amat i tak bertemunya. Dia datang bertemankan anak2nya. I seronok dapat berkenalan dengan anak2 yang selama ini kami share bercerita. Cantik dan hensem anak2 yang dibawa. Dan i seperti biasa, tak la kekok dengan sesiapapun...rileks dan enjoy the moment.
Kawan i minta i pilih apa saja i nak makan dari menu yang tersedia. Memang seronok bila ada yang sudi menjamu kita...tapi bila banyak sangat pilihan, susah juga nak pilih. Rambang mata! Malangnya apa yang i hendak, tertulis dalam menu tetapi tiada untuk hidangan...hmmmm...pilih lain la.
Sepatutnya i menolak nasi yang disenduk ke dalam pinggan i. Lebih dari biasa banyaknya pulak tu. Tetapi, selepas tamat perbincangan di pejabat, i terasa sangat lapar dan terasa seperti nak makan banyak. Akhirnya....terkulat2 i nak habiskan pesanan dan of course, nasi masih tersisa dalam pinggan.
Kawan i ni semakin kurus akibat sakitnya. I berdoa semoga dia tidak akan melalui detik perit sakit yang pernah dialami. Cukuplah Allah menguji dia. Alhamdulillah...i berkesempatan berjumpanya semula selepas lebih satu tahun kami tidak bertegur sapa sesama sendiri.
Terima kasih kerana sudi menjemput i, memperkenalkan i kepada anak2 yang sopan dan sweet tu serta belanja i makan makanan yang yummmy tu!
No comments:
Post a Comment