Cun kannnn...kata husband i, lembu ni nampak sihat, kulit bersih berkilat. |
Aktiviti dijalankan di kampung i, di tempat yang kami adik beradik panggil sebagai 'kebun' sebab tanah tu jauh dari rumah orang-orang kampung, kepunyaan kami adik beradik dan pakcik i, ditanam dengan beberapa jenis pokok buah-buahan. Hanya kami adik beradik dan seorang kawan pakcik i yang membuat kerja-kerja melapah lembu, menimbang dan membungkus daging untuk agihan. Banyak juga daging yang diperolehi...hampir 100 kg.
Kerja-kerja melapah sedang giat dijalankan |
Masih lagi melapah kulit...payah jugak ek! |
I bukan masak sorang, kakak ipar i turut membantu memasak. Kami memasak menggunakan unggun api bekas bakar daun-daun kering...buat sendiri dapur guna batu bata. Voila! Siap dapur...terus je kami tanak nasi....
Dapur tradisional....back to basics! |
Sementara kakak ipar mencedok kari ke bekas lain, i dah pergi mengutip tulang-tulang yang bersesuaian untuk sup tulang. Of course, i pilih bahagian rusuk dan gear box!
Anak i dan anak buah sedang melapah kulit dari ekor lembu...tu nak buat masak sup ler tu... |
Apapun, kesemua aktiviti selesai dalam pukul 4.00 petang, masing-masing mengangkut semua barang yang dibawa untuk pulang ke rumah masing-masing. Anak2 i nampak seronok bertemu sepupu2 dan merasa berkelah di 'kebun' di kampung.
Begitulah tamatnya kisah di Hari Raya Haji tahun 2013 ini. Bagaimana Hari Raya Haji kawan2 semua?
No comments:
Post a Comment