Baru2 ni Bos i beri berita baik kepada kami di pejabat. Mudah2an benar2 terjadi la apa yang dimaklumkan itu.
Kisahnya bermula dengan kunjungan sepasang suami isteri yang kini berkerja di salah sebuah negara Arab. Mereka tertarik membaca paparan dalam laman web pejabat kami. Mereka memang mahukan sesuatu yang boleh membantu mereka menjalankan tanggung jawab mereka dengan lebih baik di tempat mereka berkerja sekarang. Semasa kunjungan mereka berdua, bos kami berjaya impressed mereka dengan maklumat aktiviti dan kepakaran kami. Huh! Kepakaran tuh...
Pasangan suami isteri itu memang sungguh berminat dengan persembahan kami. Dan mereka berjanji akan membentangkan hasil kunjungan mereka kepada bos mereka pula. Mereka merasakan bos mereka juga akan turut tertarik. Kata mereka, jika bos mereka tertarik, mereka akan menjemput kami semua ke sana. Wah! Itu yang membuat kami semua teruja tu.
Dan itulah berita yang disampaikan oleh bos kami baru2 ini. Bertambah teruja kami semua. Masing2 menyimpan hasrat paling besar...haji kecil. Ya Allah...mudah2an tertunai hasrat kami semua.
Kejap lagi i kena update CV i untuk dihantar kepada pihak di tanah Arab tu....lama betul tak update CV ni...
Here we go...
No comments:
Post a Comment