Wednesday, 8 August 2012

Perihal balik kampung

Mungkin ramai antara kita mengalami perkara ini: nak beraya di mana, kampung you atau kampung i?
kalaupun berkahwin dengan jiran sebelah rumah sekalipun, i rasa, isu ini tetap akan timbul. Kecuali, pasangan kita memang mengalah sokmo.

Memang la ada yang awal2 dah buat perjanjian, "bab berHari Raya, kita bergilir". Seronok begitu kan, tak payah nak bermasam muka. Setel semua awal2.

Kesian juga i terhadap kawan2 yang ada ketika menghadapi masalah berkenaan balik kampung ni. Selalu boleh setel sendiri tapi ada ketika, emak kat kampung pulak buat permintaan...ada kenduri la, rindu la...macam2 la. Kalau pasangan memahami tak mengapa lah. Tetapi kalau pasangan yang berkeras hati. I rasa la kan, kebiasaan yang selalu beralah adalah pihak suami. Isteri yang selalu berkeras. mungkin ini lah hasil keakraban antara anak dan mak. Dah berumahtangga sekalipun, mak tetap nombor satu. Hai isteri2...jangan lupa, bila dah berumahtangga, suami jadi nombor satu tau. Pujuk lah emak di kampung supaya memahami.

I ni, mujur juga emak seorang yang memahami. Mak mentua pun okay, tak pernah memaksa. Beraya la di manapun...janji selamat dan gembira.

Cuma, i pulak, tak mahu menyesakkan kepala suami, so i tak pernah meminta suami membuat apa2 pilihan...i ikut dia. Ke mana dia ada, di situ juga lah i akan berada. I malas nak peningkan kepala pasal kena buat pilihan. Lagipun, macam i kata tadi, suami nombor satu. Bagaimanapun, i cukup2 bersyukur sebab mak i oaky, mak mentua okay, suami juga okay. Mungkin sebab, i pun okay juga...hehehehe...tak banyak songel (perasan i ni!).

Apa2pun...i ingin ambil kesempatan ini, mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua yang sudi membaca coretan i. Semoga semua berada dalam kegirangan. Dan keselamatan sepanjang membuat perjalanan ke mana2pun. Ingat orang tersayang selalu....



Tuesday, 7 August 2012

Cak Lempong alala Cak Lempong

Mungkin ramai yang pernah dengar tentang Cak Lempong. Mungkin ada yang sudah mendengar muziknya dan mungkin ada juga yang telah menyaksikan tariannya. Tapi i, pertama kali mendengar dan menyaksikan persembahan cak lempong ini di satu majlis di mana i adalah pengurus majlisnya. Hanya bab persembahan ini, i tak uruskan.

Apa yang boleh i komen tentang persembahan tradisional ini? Best!

Persembahan yang i saksikan ini adalah persembahan dari satu keluarga yang meneruskan permainan alat muzik cak lempong ini. Mereka bermain muzik dan menyanyi. Bukan sahaja mereka memainkan muzik tradisional, tetapi mereka boleh memainkan lagu moden dengan gaya muzik cak lempong. Mereka bawakan lagu 'Sway' dan beberapa lagu moden lain, tapi yang i teringat sangat lagu 'Sway'. Menarik..halua telinga.


Ahli kumpulan muzik cak lempong

Kalau ada sesiapa berminat untuk panggil kumpulan dari Negeri Sembilan ni, boleh la i tolong dapatkan nombor kontek. I sendiri ada hasrat (kalau panjang umur) dan ada rezeki, kenduri anak2 i kot...boleh la panggil kumpulan ini bermain muzik di majlis yang bersesuaian.





Monday, 6 August 2012

Don't Quit

Sharing something i found interesting from a friend. Do read. Thank you.


Don't Quit

When things go wrong as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all uphill,
When funds are low and the debts are high,
And you want to smile, but you have to sigh.
When care is pressing you down a bit.
Rest, if you must, but don't you quit.
Life is queer with its twists and turns
As every one of us sometimes learns.
And many a failure turns about
When he might have won had he stuck it out:

Don't give up though the pace seems slow -
You may succeed with another blow.
Success is failure turned inside out -
The silver tint of the clouds of doubt.
And you never can tell how close you are.
It may be near when it seems so far:
So stick to the fight when you're hardest hit
It's when things seem worst that you must not quit.
 

Friends, life is full of surprises. There are sadness and there are happiness. There are failures, and they being balanced by success. The bad is always balanced by goodness. Just stay put, persevere and a lot of hard work, strives and du'a...He knows best for us.

Sunday, 5 August 2012

Jom ikut The Firm

Tak...tak...you tak salah baca tajuk topik i hari ni, betulll...i nak tulis pasal "The Firm".

Ala...bukan The Firm yang movie atau cerita bersiri di TV tu. Movie tu memang best, buku-buku dari penulis kisah The Firm pun memang best. I suka...dan i baca hampir kesemua karya penulis tu, John Grisham.

The Firm yang i nak tuliskan ini adalah satu siri di TV juga, tapi pasal fitness, aerobic sessions. I discovered pasal program ni 2 minggu yang lepas. Lepas sahur, anak2 i menukar saluran ASTRO berkali2 sehingalah i ternampak program aktiviti senaman yang diketengahkan. Anak2 i pun bagi tau i yang program tu memang ada setiap minggu. Seronok i dengar tu. Pasal...i memang dah lama tak bersenam. Lagi pulak bila i diberitahu yang senamrobik hari Ahad tak ada lagi mulai lepas raya. Hmmmmm...kalau macam tu, i join je senaman di TV tu...channel LI (Life Inspire). Program tu bermula pukul 7 pagi dan berlangsung dalam 30 minit.

Ahad lepas adalah pertama kali i join, berpeluh jugalah badan. Dan disebabkan dah berkurun i tak bersenamrobik, sendi2 dan otot2 berkarat, akibatnya, hari ni i berjalan macam robot...sakit2 semua.

Apa2pun, i gembira sebab at least i boleh bersenam kat rumah, depan TV dan steps senaman adalah lebih kurang yang i buat masa bersenamrobik dengan kawan2...

Jom you all kita sama2 bersenam!

Wednesday, 1 August 2012

Aduhai...malasnya hari ini!

Baru hari Khamis, i dah terasa malas dan tak ada mood nak buat kerja. Belum lagi nak dekat Hari Raya pun...nape la agaknya mood kureng hari ni.

Sebenar i baru balik dari diaudit. I rasa la, semua yang bekerja tak suka bab audit. Kena audit. Walaupun kita dah bersedia sekali pun, aktiviti itu melelahkan. Walaupun tahu aktiviti itu menyumbang kepada kebaikan tetap juga, aktiviti itu...i menyampah!

Letih nak menjawab benda yang kita tau...tapi...lagi letih kot nak jawab benda yang kita tak tau kan..?

Ish! Nape i rasa macam tak nak keje ni...???

Black card

Ini bukan sebarangan black card yang i maksudkan ni...bukan pasal main black jack ke apa ke...

Pertama kali i dengar pasal black card adalah dalam dua minggu yang lalu. Masa i dengar tu, i buat2 macam i tau apa maksud black card tu. Yang i tau masa tu, bukan semua orang boleh dapat black card. Hanya the privilege one! Huh! Hebat kan..?

Selepas satu minggu, i pun bertanya kepada seorang kawan, apa maksud black card tu. Bila kawan i bagitau...hmmmm...wow!

Rupanya, pemunya black card ni memang la privelege. Apa taknya, dengan kad itu, dia boleh berbelanja tanpa batasan. kat mana-mana pun di mana kad diterima. Dasyat kan...

Eh! Entah2...i aje yang tak tau pasal wujudnya kad seperti ini. I sendiri memang jauh panggang dari api la nak guna kad seperti itu.

Cuma..hehehe...i tumpang tuah kawan yang menggunakan kad seperti itu, atau lain kata...i dah berkawan dengan millionaire you! Wow!! (orang lain yang millionaire, i pulak yang tergedik...ish3...)

Selamat bertadarrus semua!

Tu la kan, bila bulan Ramadhan ni, masing-masing berlumba nak kumpul pahala berlipat ganda...mudah2an tercapai segala hasrat.
Tadarrus adalah satu dari aktiviti yang harus bagi kebanyakan orang. I tak bolehlah kata wajib kannnn...sebab, ia bukan perbuatan wajib. Tahun ni i bercita-cita lagi nak khatam Quran. You perasan kan i tulis...bercita-cita dan lagi...satu hasrat murni tu. Betul tak? Tak tahu la boleh capai ke tidak...sebab baru juzuk 1 habis, dah dapat 'cuti2 Malaysia'. Berhari2 pulak tu...Last year, tinggal 2 juzuk..dah tak boleh habiskan..cuti. So tak khatam la. Tu sebab i kata i bercita2 tu.
Rasa teringin kembali menjadi remaja di mana setiap tahun, khatam kurang2 sekali. Nak salahkan umur ke? Tak patut betul Rozzana ni.
Pas tu kat ofis, bos bagi KPI SQ katanya...KPI Spiritual...semua staf dapat pembahagian juzuk untuk dibaca. Of course! termasukla i kan...sorang baca 3 juzuk. Setakat ini, satu juzuk pun i belum habis baca...almaklum...
Masalah bertadarrus ni kan...bila sorang2 baca...sape nak semak...pas tu...mengantuk giler mata ni...teruk betul! I kena mengaku, untuk buat secara istiqamah, memang kena paksa diri. Kena fikirkan yang baik2...kena fikir, orang lain pun buat jugak.
Setakat yang i buat ni, bila sampai ofis awal...bulan Ramadhan la i sampai ofis awal, seawal kul 7.00 pagi. So...i jadi pembuka pintu ofis, i duduk sorang2...apa lagi...perlahan2 baca juzuk yang diamanahkan. Mudah2an sempat habis sebelum tarikh khatam yang ditetapkan.

Kawan2 semua, jom istiqamah bertadarrus!