Tak...tak...you tak salah baca tajuk topik i hari ni, betulll...i nak tulis pasal "The Firm".
Ala...bukan The Firm yang movie atau cerita bersiri di TV tu. Movie tu memang best, buku-buku dari penulis kisah The Firm pun memang best. I suka...dan i baca hampir kesemua karya penulis tu, John Grisham.
The Firm yang i nak tuliskan ini adalah satu siri di TV juga, tapi pasal fitness, aerobic sessions. I discovered pasal program ni 2 minggu yang lepas. Lepas sahur, anak2 i menukar saluran ASTRO berkali2 sehingalah i ternampak program aktiviti senaman yang diketengahkan. Anak2 i pun bagi tau i yang program tu memang ada setiap minggu. Seronok i dengar tu. Pasal...i memang dah lama tak bersenam. Lagi pulak bila i diberitahu yang senamrobik hari Ahad tak ada lagi mulai lepas raya. Hmmmmm...kalau macam tu, i join je senaman di TV tu...channel LI (Life Inspire). Program tu bermula pukul 7 pagi dan berlangsung dalam 30 minit.
Ahad lepas adalah pertama kali i join, berpeluh jugalah badan. Dan disebabkan dah berkurun i tak bersenamrobik, sendi2 dan otot2 berkarat, akibatnya, hari ni i berjalan macam robot...sakit2 semua.
Apa2pun, i gembira sebab at least i boleh bersenam kat rumah, depan TV dan steps senaman adalah lebih kurang yang i buat masa bersenamrobik dengan kawan2...
Jom you all kita sama2 bersenam!
Jelessss .. rmh kita takda Astro.
ReplyDeletehehehe..masuk le Astro..tapi Ella ada bayak tape tu...Ella lagi super duper senior bab aerobik mobik ni..
ReplyDelete