Sunday 5 August 2012

Jom ikut The Firm

Tak...tak...you tak salah baca tajuk topik i hari ni, betulll...i nak tulis pasal "The Firm".

Ala...bukan The Firm yang movie atau cerita bersiri di TV tu. Movie tu memang best, buku-buku dari penulis kisah The Firm pun memang best. I suka...dan i baca hampir kesemua karya penulis tu, John Grisham.

The Firm yang i nak tuliskan ini adalah satu siri di TV juga, tapi pasal fitness, aerobic sessions. I discovered pasal program ni 2 minggu yang lepas. Lepas sahur, anak2 i menukar saluran ASTRO berkali2 sehingalah i ternampak program aktiviti senaman yang diketengahkan. Anak2 i pun bagi tau i yang program tu memang ada setiap minggu. Seronok i dengar tu. Pasal...i memang dah lama tak bersenam. Lagi pulak bila i diberitahu yang senamrobik hari Ahad tak ada lagi mulai lepas raya. Hmmmmm...kalau macam tu, i join je senaman di TV tu...channel LI (Life Inspire). Program tu bermula pukul 7 pagi dan berlangsung dalam 30 minit.

Ahad lepas adalah pertama kali i join, berpeluh jugalah badan. Dan disebabkan dah berkurun i tak bersenamrobik, sendi2 dan otot2 berkarat, akibatnya, hari ni i berjalan macam robot...sakit2 semua.

Apa2pun, i gembira sebab at least i boleh bersenam kat rumah, depan TV dan steps senaman adalah lebih kurang yang i buat masa bersenamrobik dengan kawan2...

Jom you all kita sama2 bersenam!

2 comments:

  1. Jelessss .. rmh kita takda Astro.

    ReplyDelete
  2. hehehe..masuk le Astro..tapi Ella ada bayak tape tu...Ella lagi super duper senior bab aerobik mobik ni..

    ReplyDelete