Wednesday, 8 August 2012

Shopping raya di Shah Alam

Dua minggu yang lepas i bawa anak2 pergi membeli baju kurung dan baju Melayu. I pergi SACC dan lepas tu ke Kompleks PKNS. Mula2 carikan baju2 kurung untuk Husna dan Kamalia. Dah pandai memilih masing-masing. Yang itu tak nak, yang ini tak nak. Aduhhh...pulak tu, harga baju kurung budak2 bukan calang2...rasanya tak dapat harga RM50 dah sekarang ni kot. Atau i tak cari betul2, sebab tu tak dapat. Pas tu dorang nak juga trendy..the latest in fashion. Itu baru umur setahun jagung!

Lepas Husna dan Kamalia, pergi pulak carikan baju untuk Fatihah dan Izzati. Fatin dah ada baju, i belikan masa ke Vietnam bersama Ella beberapa bulan yang lepas. Fatihah ni cerewet sikit. So memang kena bawa dia untuk membeli. Dapatlah juga apa yang dia berkenan. Harga baju...rasanya tak semahal baju i sendiri. Anak punya pasal, beli la juga.

Seterusnya, untuk anak2 lelaki pulak. Sekali tanya, RM250 sepasang. Mak ai...'murah'nya! Husband terus tarik g tempat lain. Kami pun melangkah ke PKNS, dan di sana, dapatlah beli baju2 Melayu dengan harga rendah sedikit. Dalam RM200, dapat dua pasang baju.

Selesai semua, hati pun gembira walaupun purse ringan la amat. Tapi hati senang sebab hajat tercapai. Baju sendiri tidak juga terbeli lagi...begitulah kan bila dah ada anak2. Anak2 didahulukan. Alhamdulillah, ada rezeki membelikan ...

Mudah2an berterusan rezeki...aminnn...

2 comments:

  1. jom i teman u beli utk diri sendiri

    ReplyDelete
  2. tenk u Ella...len kali u teman i ye...no butik2 tau!

    ReplyDelete