Seperti kebiasaan, malam raya di rumah mentua. Sesampai di rumah mentua, semua yang dewasa sedang sibuk dengan sate...tak ada sesiapa yang hirau pasal berbuka puasa. Kelam kabut...ada yang membakar sate sampai 3 dapur dorang guna, mentua sibuk mengira sate dan membungkus. Kakak ipar sibuk juga dengan kuah sate pulak. Macam2...i aje yang tak minat nak buat apa2. Sate? Cukup2 la bagi i...
Baik juga i bawakan makaroni goreng...alhamdulillah semasa berbuka puasa, ada la jugak juadah tambahan, sebenar mentua and kakak ipar buat laksa Johor tapi....masa buka puasa, yang terhidang hanya la kuah dan spagheti...lain2 seperti timun, cili kering tumbuk, dan kondimen lain entah ke mana...apa2pun...alhamdulillah.
Sebab everyone is busy dengan sate, i pun tak minat nak membantu, tak reti apa nak buat...so, i cari port untuk tdo...good nite everyone!
The next day, baru la i tolong kat dapur.
Tolong kakak ipar isi kelongsong ketupat dengan pulut. Entah bila la pulut nak siap...apa2pun lauk2 semua mak mentua dah setel kan. Every raya, i akan gorengkan ayam untuk mak masak merah dan biasanya isi beras ke kelongsong ketupat. Suami akan rebuskan ketupat. Pagi raya sebelum solat sunat, hidangan siap atas meja makan...Tahun ini yang beza, i tak isi daun ketupat...
Pagi lepas solat dan berjumpa dengan ipar duai, baru i bertolak ke rumah mak. Kat rumah mak, yang ada menunggu selain mak adalah Alang dan Busu dan keluarga masing-masing. Along dah lebih 2 raya kami tak jumpa...asyik ngan belah kakak ipar, Ateh dah bertolak balik ke Muar. Hmmmm...
Tahun ni, tak banyak rumah dikunjungi...semua yang penting tak ada di rumah, so by 6 pm, kami semua dah di rumah. Lepak....
No comments:
Post a Comment