Secara tiba-tiba, selesai solat, i terkenang zaman i kecil dulu...ketika itu, mak i seorang penoreh getah di kampung i. Tiap2 pagi, i akan mengikut mak ke ladang getah kepunyaan arwah nenek. Mak akan toreh getah, i akan kutip getah beku dalam cawan. I teringat, apabila tiba di kawasan yang agak bersemak, i tak nampak mak, i jadi takut. I akan melangkah dengan cepat sambil tinjau-tinjau sekeliling kawasan...takut kalau-kalau ada harimau ke...hantu ke...i terbayang yang ladang getah tu terletak dekat sangat dengan tanah perkuburan. Bila nampak mak dah dekat, fuhhh..lega hati..
Bila dekat pukul 9.00 pagi, masa untuk i balik ke rumah dan bersiap sedia pula untuk ke sekolah. Tetapi sebelum i ke sekolah, i kena pastikan yang ada makanan untuk adik-adik yang akan balik dari sekolah, semua baju-baju kotor dah berbasuh dan bersidai. Pada masa itu, tiada kemudahan air paip di rumah. So, i harus berjalan dengan baldi berisi pakaian kotor, ke tepi sungai yang jaraknya dalam 1 km dari rumah. Masa tu, i tak ada jam tangan pun. i agak-agak aje waktu.
Selesai membasuh pakaian dan mandi, i berjalan balik ke rumah, cepat-cepat sebab tak mahu tertinggal bas sekolah. Pakaian berbasuh mesti disidai, jika tidak mak tak suka. Sambil i buat semua tu, nasi i dah tanak di dapur. Mak pakai dapur kayu dan dapur minyak tanah. Selesai menyidai kain baju, cari lah apa-apa di dapur yang boleh i masak untuk adik-adik dan mak nanti. Sambil-sambil tu, i siap menyapu habuk di lantai rumah.
Tepat pukul 11.00 pagi, bas sekolah akan lalu di hadapan rumah dan jika i belum berpakaian sekolah lagi, aduhhh...berdebar jantung...takut jika tak ke sekolah. lagipun, waktu yang paling i suka masa tu adalah, masa bersekolah. Mak pun tak suka kalau i tak pergi sekolah.
Alangkah indah pengalaman itu. Tak mungkin anak-anak i melalui apa yang i lalui. Getirnya hidup sebagai anak yatim, mak hanya penoreh getah. Tak tahu bagaimana segalanya selesai. Sedar-sedar, i sudah dewasa dan kini berkerjaya. Hanya i tak akan melupakan budi baik pakcik i yang selalu bersedia dan mengorbankan kesenangan dia untuk menampung anak-anak buah. I bayangkan diri i masa itu, comot, pakaian sekolah yang hanya berganti setahun sekali atau dua tahun sekali...senyum-senyum kambing i teringat anak-anak i sendiri yang asyik meminta dibelikan baru semuanya apabila tiba masa tahun baru.
Jikalah anak-anak i semua tahu betapa perit hidup i...ada ke kawan-kawan pembaca yang merasa seperti i juga?
No comments:
Post a Comment