Wednesday, 29 August 2012

Pesta jamuan raya bermula

Sudah bermula masa semua pejabat membuat jamuan hari raya...hari ni 30 Ogos 2012, hari jamuan raya di pejabat i. Nampak macam meriah sebab diadakan di sebuah dataran indah di tepi kolam. Khemah berhias indah berwarna keunguan. Kipas2 angin merata untuk mengurangkan terik panas...jamuan bermula seawal pukul 10.45 pagi.

Big bos turut hadir ke jamuan. Seronok juga bila big bos sudi hadir...

Makanannnnn...ermmm..boleh lah...

Penganjur menempah sate dari suami i. Seawal pukul 3 pagi suami i dah bangun untuk membakar sate. I bawa masa i pergi kerja.

Selain itu, ada la lemang dan rendang daging, lemang tu sedap, lembut...tapi kuah lodeh..tak berapa nak best. Pucat semacam je...Laksa Johor..hmmm..not bad. Sedap!

Hanya i merasakan jamuan kali ini tak semeriah jamuan yang lepas2. Apapun...kenyang jugak lah i makan. Alhamdulillah...

You all pun tentu sibuk sekarang kan dengan berbagai jemputan jamuan raya sana sini. Semoga gembira semua!

No comments:

Post a Comment