Ini bukan sebarangan black card yang i maksudkan ni...bukan pasal main black jack ke apa ke...
Pertama kali i dengar pasal black card adalah dalam dua minggu yang lalu. Masa i dengar tu, i buat2 macam i tau apa maksud black card tu. Yang i tau masa tu, bukan semua orang boleh dapat black card. Hanya the privilege one! Huh! Hebat kan..?
Selepas satu minggu, i pun bertanya kepada seorang kawan, apa maksud black card tu. Bila kawan i bagitau...hmmmm...wow!
Rupanya, pemunya black card ni memang la privelege. Apa taknya, dengan kad itu, dia boleh berbelanja tanpa batasan. kat mana-mana pun di mana kad diterima. Dasyat kan...
Eh! Entah2...i aje yang tak tau pasal wujudnya kad seperti ini. I sendiri memang jauh panggang dari api la nak guna kad seperti itu.
Cuma..hehehe...i tumpang tuah kawan yang menggunakan kad seperti itu, atau lain kata...i dah berkawan dengan millionaire you! Wow!! (orang lain yang millionaire, i pulak yang tergedik...ish3...)
No comments:
Post a Comment