Wednesday, 1 August 2012

Selamat bertadarrus semua!

Tu la kan, bila bulan Ramadhan ni, masing-masing berlumba nak kumpul pahala berlipat ganda...mudah2an tercapai segala hasrat.
Tadarrus adalah satu dari aktiviti yang harus bagi kebanyakan orang. I tak bolehlah kata wajib kannnn...sebab, ia bukan perbuatan wajib. Tahun ni i bercita-cita lagi nak khatam Quran. You perasan kan i tulis...bercita-cita dan lagi...satu hasrat murni tu. Betul tak? Tak tahu la boleh capai ke tidak...sebab baru juzuk 1 habis, dah dapat 'cuti2 Malaysia'. Berhari2 pulak tu...Last year, tinggal 2 juzuk..dah tak boleh habiskan..cuti. So tak khatam la. Tu sebab i kata i bercita2 tu.
Rasa teringin kembali menjadi remaja di mana setiap tahun, khatam kurang2 sekali. Nak salahkan umur ke? Tak patut betul Rozzana ni.
Pas tu kat ofis, bos bagi KPI SQ katanya...KPI Spiritual...semua staf dapat pembahagian juzuk untuk dibaca. Of course! termasukla i kan...sorang baca 3 juzuk. Setakat ini, satu juzuk pun i belum habis baca...almaklum...
Masalah bertadarrus ni kan...bila sorang2 baca...sape nak semak...pas tu...mengantuk giler mata ni...teruk betul! I kena mengaku, untuk buat secara istiqamah, memang kena paksa diri. Kena fikirkan yang baik2...kena fikir, orang lain pun buat jugak.
Setakat yang i buat ni, bila sampai ofis awal...bulan Ramadhan la i sampai ofis awal, seawal kul 7.00 pagi. So...i jadi pembuka pintu ofis, i duduk sorang2...apa lagi...perlahan2 baca juzuk yang diamanahkan. Mudah2an sempat habis sebelum tarikh khatam yang ditetapkan.

Kawan2 semua, jom istiqamah bertadarrus!

No comments:

Post a Comment