Sunday 20 November 2011

Berkawan biar seribu

I suka dengan kata2 itu. Kerana itu lah i berada dalam laman sosial sesawang. Nak berkawan..

Tapi tu la..masa awal2 je i beriye-iye kat laman sosial tu. Sekarang dah malas la pulak. Macam manapun, kawan2 yang i kenal kat situ, ok la...memang ada yang jadi kawan rapat i. Sama2 kongsi pengalaman hidup.

Bagi i, berkawan ni tidak harus hanya pada satu kelompok tertentu sahaja. Berkawan lah dengan sesiapa saja, yang penting kita berniat jujur berkawan. Berkawan dengan apa bangsa sekalipun supaya luas pengetahuan kita. Kadang saya dapati, bila kita peruntukan persahabatan hanya pada bangsa kita sendiri, kita tidak kembangkan pengetahuan kita. Belajar menerima pandangan berbeza dari berbagai ragam manusia...tentunya akan mengkayakan pengetahuan kita.

I berkawan dengan beberapa kawan dari bangsa lain. Sambil i berkawan, kami bertukar2 pendapat dan bila i dapati ada kekeliruan tentang sesuatu yang biasa bagi kita, orang Melayu dan agama kita, Islam, saya cuba sebaik mungkin menerangkan supaya mereka tidak memandang serong pada kita dan tidak tersalah mengerti. Alhamdulillah, setakat ini, kawan2 i kebanyakannya memberi i pelbagai pengalaman dan pengetahuan walaupun tak pernah bersua muka.

Dan dari kawan i juga la menimbulkan hobi baru...kumpul fridge magnet...ada sesiapa yang ada minat sama dengan i?

2 comments:

  1. nak la Ella..u nk bagi atau nk bertukar? hehehe...u kan rajin berjalan2 cari makan n makan angin kann..

    ReplyDelete