Tuesday, 8 January 2013

Apabila Allah tarik sedikit nikmat hidup

Bila Allah tarik nikmat, baru la rasa sedar diri. Baru sedar bahawa I memang patut sentiasa bersyukur walau sedikit atau banyak nikmat yang diberiNya. Baru sedikit Allah tarik nikmat, tak boleh nak makan makanan yg banyak serat, i terasa seperti banyaknya dosa i. Memang banyak kot. 

Bila i mengadu pada anak2, ' ibu tak boleh makan kenyang...sakit gigi'.  Anak2  i kata, 'tak pe la ibu, kurus nnt ibu,' huh! itu jawapan mereka. 

Sekarang ini, i amat berhati2 bila memilih makanan. Kalau i fikir makanan itu tak akan menyebabkan i sakit gigi, i baru la makan. Buah2an ok aje. Some sayuran ok aje. Tapi yang berserat banyak akan tersangkut pulak...aduhhhh...

Anak i ada yang cadangkan, 'ibu, cabutla gigi...pakai je gigi palsu!'. Terkedu i. Hehehehe...lalu i pun bergurau dengan anak2...'bila ibu pakai gigi palsu, ibu tak boleh la bersin kuat2 kan..? Nanti terpelanting gigi ibu..'. Lepas itu kami ketawa beramai2.

Seronok sebenarnya bergurau senda dengan anak2. 

Allah pernah uji i dengan suatu lagi keadaan. Satu masalah kesihatan yang jarang berlaku dan tidak diketahui punca sebenarnya: Meniere Disease.

Apa yang berlaku semasa i diserang keadaan itu ialah, i tak boleh buka mata atau gerakkan kepala i sedikitpun. Dalam keadaan yang teruk, hilang kawalan untuk buang air kecil. Muntah2 yang teruk sebab dunia berpusing2 laju. Sampai i tertidur di mangkuk tandas kerana nak elakkan mengotorkan bilik tidur. Tekanan darah i turun mendadak..menyebabkan bertambah teruk keadaan i. Badan jadi seram sejuk, lemah, tidak bermaya. Hatta nak minum air milo yang suami sediakan pun i tak mampu.

Apabila dimasukkan ke wad kecemasan, dimasukkan drip air, dan under observation...Ya Allah...terasa diri ini kerdil amat dan insaf akan segala nikmat yang selama ini i kecapi secara granted.

Sebab itulah agaknya, kita kena selalu mensyukuri nikmat pemberianNya tanpa mengira banyak atau sedikit. Walaupun yang diberi itu baik mahupun buruk. Kerana setiap satunya merupakan nikmat yang mempunyai maksud yang tersirat. 

Peringatan buat diri i sendiri yang selalu terleka....

Jaga diri selalu semua!

No comments:

Post a Comment