Thursday, 17 January 2013

Lelaki ooooooo...lelaki!

Sori la warga lelaki ye...hari ni hari Jumaat, i nak mengutuk you all la sikit kan.

Entah kenapa, mutakhir ini, banyak juga cerita i dengar pasal perempuan yang tak puas hati dengan lelaki ni. Especially yang bergelar isteri. Agaknya kenapa ye...

I tak tau sebab sebenar tapi...i rasa ramai lelaki ni memang tinggi egonya. Pada banyak keadaan, lelaki selalu lupa pada pengorbanan isteri. Semasa bercinta, tak kisah pasangan berpangkat tinggi dan gembira kerana pasangan sanggup terima diri yang mungkinnya hanya seorang kerani sahaja di pejabat. Apabila sudah berkahwin, isteri yang sangat menyayangi suami (almaklum..kekasih hati) sanggup berkorban wang ringgit membantu suami menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Tetapi kemudian, apabila si suami sudah naik pangkat, gaji sudah naik..masih juga isteri yang selesaikan banyak urusan kewangan suami. Hello....mana agaknya tanggungjawab suami tu ye? Tidak sedarkah suami bahawa, kini tiba masa mengurangkan beban isteri pula. Tambahan, ahli keluarga dah bertambah. Mana perginya gaji yang bertambah tu? Beli kereta baru? Adoi...bila beli kereta baru, sorang2 aje la yang bergaya. Dan apabila dah bergaya, tentulah ada perempuan lain yang mungkin akan tertarik...memikirkan kewangan lelaki (aka suami orang) nampak stabil. Terlupa ye...suatu ketika dulu, isteri yang beri you belanja ke pejabat? Ini kes 1.

Kes lain, jeles tak tentu pasal. Setiap pergerakan isteri dipantau. Hanya kerana isteri mampu bergerak sendiri, tiba2 terasa pula seolah isteri ni pergi ke mana2 tanpa pengetahuan suami. Hello lelaki...jika you terlalu mengongkong, u akan buat perempuan lemas. Dan akan memberontak. Berilah peluang dan ruang untuk isteri bernafas. Tentu sahaja tiada beza dengan lelaki sekalipun...kalau isteri atau pasangan asyik nak kontrol, masing2 tak hepi. Bila dituduh yang bukan2...hmmm..baik beringat, kata2 itu satu doa. Adalah lebih baik berhemah dalam kata2 semasa menegur dan bukan menuduh. kelak tuduhan menjadi nyata.

Kes 3, malas! I lihat, ramai sudah lelaki yang macam malas. Mungkinkah kerana perempuan sekarang lebih berjaya secara akademik dan career maka lelaki merasakan, 'You nak sangat kerja, you lebih berjaya...i tak payah buat apa2 la..'. Hello...apabila perempuan dikatakan sebagai berasal dari tulang rusuk lelaki, maka, perempuan itu pada dasarnya lemah dan perlukan bimbingan, sokongan, perhatian. Jangan lupa, apabila seseorang perempuan itu menerima pinangan orang yang dikasihi dan rela menjadi isteri, perempuan itu meletak seluruh hidupnya pada lelaki. Demi kasih dan percaya. Jangan la sampai hati pula melepas tanggungjawab seluruhnya pada isteri. Sungguhpun isteri itu mungkinnya seorang Perdana Menteri!

Kes 4, urusan rumahtangga dan anak2...urusan perempuan. Aduhhhhh....apa ni? Jangan la semudah itu menolak tanggungjawab. Sungguhpun memang ada kisah anak Rasulullah, Siti Fatimah yang mengadu letih menguruskan rumahtangga dan Rasulullah menasihatkan anak Baginda bersabar dan redo, Fatimah tahu, suaminya berjuang untuk Islam. Kalau lelaki sekarang? Heloo...tengok2 la anak sama. Tolong2 la di dapur juga. dah nak berumahtangga, sama2la jaga.

Alahai...banyak kisah la yang buat i bengang.

Tu belum lagi mentua, ipar duai yang tumpang sekaki dua dengan urusan rumahtangga.

Wahai lelaki...ingatlah...jika mahu dihormati, you juga kena menghormati. Jika mahu dikasihi, disayangi, dicintai...you kena juga menyayangi, mengasihi dan mencintai. Ingatlah Allah memberi you pasangan untuk menggembirakan maka jika you rasa tak gembira..cermin diri sendiri juga...kenapa you tak gembira? Mungkinkah ada yang tak betul di mana2? Jangan la salahkan isteri bulat2. Jangan juga 'take for granted' apa2 sahaja pasal perempuan.

Dan isteri...apabila suami you baik dan beri perhatian sewajarnya untuk you...sentiasalah bersyukur kerana ada ramai perempuan yang kurang bernasib baik berbanding you! Sama2lah menjaga apa yang patut kan...

Akhir sekali, bersyukurlah atas segalanya mudah2an Allah memberi ganjaran baik buat kita semua....dan berdoalah selalu untuk kebaikan. Allah Maha Pemberi, Pengasih dan Penyayang lagi Maha Mendengar.

No comments:

Post a Comment