Friday, 4 January 2013

Terharu

Ada sebab mengapa i rasa terharu. Dan apa yang i alami sekarang buat i terfikir....kawan baik / rapat belum tentu sudi membantu apabila kita berada dalam kesusahan.

Kita selalu dinasihatkan agar pandai2 memilih kawan. Jika dapat biar sekufu? Sesuai dengan status? Pertanyaan i...perlukah begitu?

Melalui pengalaman i, lebih baik kita berkawan dengan siapa sahaja tetapi hati kena kuat. Lebih2 lagi jika kawan itu ada potensi merosakkan kita. Bagi i tiada salah berkawan sekadar untuk memahami dan meramaikan saudara. Hanya perlu hati2.

Bercakap pasal hati2...ada ketika bagaimana kita berhati2 pun, kita boleh terkena juga. Macam i...

Apa2pun, komen i pasal kawan ni, jika kita terlalu memilih terutama melihat kepada pangkat, kepandaian, harta dan kebolehan, kita mungkin terlepas pandang pada yang serba kurang...yang mungkinnya jauh lebih baik dari kita. Mereka tidak lokek membantu. Itulah yang i pelajari setakat hari ini.

Ada perasaan sedih dalam hati apabila kawan yang kita harap amat sukar untuk membantu apabila kita berada dalam keadaan terdesak.

Bagaimanapun...i faham...semua orang perlu menjaga diri sendiri terlebih dahulu sebelum melihat orang lain. Kalau diri sendiri tak boleh dibantu...bagaimana nak membantu orang lain, kan?

Renung2kan....

No comments:

Post a Comment