Wednesday, 9 January 2013

Hati2 AES!

I pernah cerita yang i disaman atas kesalahan lalu lintas jalanraya kan. Alhamdulillah saman dah dibayar. Now ni i nak share cerita yang i tau pasal saman kamera AES ini. Absolutely no negotiation. Saman maksimum terus.

Kalau surat saman yang i dapat hari tu, ada tempoh tertentu di mana nilai saman berkurang, kali ini jika kita tertangkap oleh kamera AES, jumlah saman tak berkurang langsung. Tiada rayuan. RM300 you kena bayar.

Ini buat i memandu dengan lebih hati2 sekarang ini. I tak sudi membayar RM300 begitu sahaja. Duit tu boleh i gunakan untuk perkara lain.

Sungguhpun mungkin ada orang bersetuju kehadiran AES boleh mengurangkan kesalahan lalulintas, tetapi i rasa macam tak masuk akal bila di laluan express...hiway, u memandu pada kelajuan 90 km/j sahaja. Macam i pernah komen dulu, apa guna buat 3-4 lane tu? Baik buatkan 2 lane sahaja.

Bayar road tax ikut cc kereta kan? Tapi akhirnya di jalanraya, u bawa kereta sama macam yang bayar pada cc rendah. Hmmmm...baik la tak payah nak beli Ferrari...beli beg Ferragamo lagi baik. Tapi of course la, i tak mampu pun nak beli mana2 jenama mahal tu.

Jadi...ada benarkah pendapat atau telahan sesetengah orang bahawa AES ni memberi kekayaan kepada golongan yang berkaitan? Wallahu'alam...

Kalau lihat pada iklan kemalangan jalanraya di TV memang ngeri, so harapannya berbaloi la berbelanja besar memasang kamera ini dan kemudian dapat hasil saman.

Apa2pun...sentiasa lah berhati2 di jalanraya, elakkan kemalangan, elakkan tertangkap oleh AES, elakkan juga disaman!

No comments:

Post a Comment