I nak share sedikit pasal betapa kuat dan berkesannya doa itu.
I melalui beberapa pengalaman yang bagi i sangat mencabar kecekalan hati i. Bukan baru2 ini sahaja, malahan sejak remaja lagi. Kadang2 i rasa macam nak novelkan sahaja pengalaman hidup i agar menjadi panduan orang lain. Tetapi, hajat tinggal hajat. Walaupun i suka menulis, tetapi i rasa, i tak cukup 'flair' sebagai penglipur lara.
Berbalik kisah doa ini.
Memang ada ketika kita diuji Allah dengan pelbagai permasalahan. Banyak dari ujian yang datang itu menyebabkan kita rasa sangat lemah dan putus asa. Kita rasa sepertinya kita sahaja yang mengalami masalah sedemikian. Lalu kita sering mempersoalkan, 'Mengapa aku...?'
Setakat hari ini, banyak cabaran yang i tempohi dan selalu juga bertanya pada diri dan mungkin pada Yang Satu itu...'Mengapa aku...' dan dalam banyak ketika, rasa sangat tak berdaya. Tetapi, i yakin padaNya. Maka i selalu berdoa, sungguhpun merasa malu kepada Dia kerana sering berbuat silap dan sering pula memohon, tetap sahaja i berdoa...dengan sesungguh hati dan menaruh sejuta harapan bersama doa itu. Doa i tidak berbahasa Arab pun..bagi i, i berdoa apa yang i faham...dan i yakin Dia Maha Mendengar, Maha Mengasihi, Maha Mengetahui...
Alhamdulillah...setakat yang ingat, Dia tak pernah lupa I walaupun ada ketika i terlupa akan Dia. Setakat ini, semua doa i termakbul...syukur Ya Allah. Walau mungkin ada yang i belum nampak termakbul...tetap sahaja i yakin, rahmat datang dalam berbagai cara dan ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku.
Kata2 memang satu doa. Kawan2...berhatilah apabila berkata2. Sentiasa beristighfar apabila kita terlepas kata. Mohon ampun dariNya.
Hei! Bukanlah i ni ustazah...bukan juga i pandai dalam hal2 agama...tetapi, i hanya nak berkongsi apa yang i rasa baik.
Berdoalah untuk kebaikan dan yakinlah selalu....insyaAllah, Dia akan beri apa yang kita hajatkan.
Tak percaya? Lihatlah mereka yang bukan Islam...mereka sentiasa berdoa...seperti kita, di waktu pagi, petang, malam...bila2 sahaja. Dan i yakin mereka yakin akan Tuhan mereka dan rahmat Tuhan mereka sungguhpun mereka tak tahu...atau tak mahu tahu bahawa, mereka sebenanya meminta kepada Yang Maha Pencipta...dan Allah beri apa yang mereka hajatkan. Dan mereka berusaha mendapatkan.
Oh ye! Ada lagi satu yang i pelajari dari perbualan dengan rakan2....redholah akan apa yang diujikanNya pada kita, berdoalah dan berharaplah...Dia akan membantu kita.
Peringatan ini sebenarnya lebih untuk i, seorang yang selalu terlalai...
No comments:
Post a Comment