Tuesday 6 September 2016

Salah ibu mengandung ke?

Sekejap tadi sempat jenguk FB. Sempat watched a video which is viralled. Video seorang pelajar sekolah agama membelasah pelajar lain. Rakan2 pula menjadi saksi tanpa membantu. Aduhhh...mengalir airmata Ana. Ana ada anak. Ana sedih...Kalau anak Ana yang diperlakukan seperti itu? Kalau anak Ana yang memperlakukan seperti itu?

Tak sampai hati nak menonton sampai habis tapi curiosity got the better of me. So Ana tonton sampai video tamat. Allah...tiada bantuan langsung. Kasihannya...

Ana teringat kes anak Ana dipukul guru tapak tangannya gara2 anak Ana tidak menjawab soalan matematik mengikut cara yang diajarkan guru. Itu pun Ana dah bengang semacam. Siap teks guru berkaitan dan bagi lecture ringkas...bukan apa, pandangan Ana, kalau anak Ana tak buat kerja yang diberi, Ana setuju anak Ana dihukum. Tapi kalau dia buat, cuma tak pandai nak ikut cara yang diajar, perlu jugakah dihukum? Ajar la sehingga murid faham.

Kes lain, anak Ana cedera terkena kaca pintu yang pecah akibat terkena benda yang dibaling ke udara tetapi terpelanting kerana kipas angin lalu memecahkan cermin pintu. Anak Ana kena 6 jahitan. Bila Ana dapat tahu, sedih rasa hati. Mujur hanya kena bahagian belikatnya. Bagaimana jika terkena mata ke...perut ke...dada ke...Allah...ngeri. Tapi apa Ana buat? Siasat dari anak apa sebenarnya yang berlaku. Memang rasa geram sebab anak2 ni bermain2 tanpa fikirkan akibat dan kemungkinan akibat. Ana tidak la pula pergi mencari budak yang buat silap tu. Yang Ana pasti, budak tu mesti kesal dengan perbuatannya dan berhati2 di masa hadapan. InshaaAllah. Parent budak tu pulak rasa bersalah dan offer untuk bayar kos rawatan..

Itu la...bila menonton video tu, terlintas dalam fikiran: what have we done to our children? What do we do wrong? Why do they behave the way they did? Salah ibu mengandung ke?

Ana menangis sebab sedih. Esok2 apa pulak yang akan berlaku ye?

3 comments:

  1. Denn , lom tgk, jab lg search tenet. Kenapa byk berlaku buli di sek. Agama. Denn dolu dolu, kena juga toture dek sinior, aleh aleh bila dah kerja, dok dlm satu opis, jd boss pulak tu...Bdk nakal ni, kekadang bijak org nyer, cuma perbuatan buli tu mmg salah sgt sgt.

    ReplyDelete
  2. Denn , lom tgk, jab lg search tenet. Kenapa byk berlaku buli di sek. Agama. Denn dolu dolu, kena juga toture dek sinior, aleh aleh bila dah kerja, dok dlm satu opis, jd boss pulak tu...Bdk nakal ni, kekadang bijak org nyer, cuma perbuatan buli tu mmg salah sgt sgt.

    ReplyDelete
  3. Lorrr tersend 2 x....

    ReplyDelete