Sunday, 28 August 2011

meet my sweethearts

they are my sweethearts, come and meet them!


My huby: the person who makes it possible for me to be the person that i am.






My children: My elder daughter - Fatini and my third daughter - Zati
Both in Malacca pursuing their studies.



 




 My sons, Danish and Isyrak Afiq, my two other daughters, Fatihah and Hurin Husna. Danish is in form two, Afiq in standard 5 and Fatihah in Form four. Husna is in standard two..




And finally.....

..the apple of my eyes: Kamalia Amni - going to school next year....

What a BIG family i have kan? 
They are the reason of my existence apart from Him.


Lagi sehari nak raya...yeah!

Untuk pertama kali, i masak ketupat kat rumah..masak rendang...n huby i buat lemang...huhuhu...Rumah pulak dah siap kemas...seronoknya..rasanya tahun ini sume ready awal..alhamdulillahhh...Satu aje hajat tak tercapai...hajat nak buat biskut ngan anak2 dara tu tak jadi pulak. Lupa nak mintak resepi dari Nani Rostam. Aduhai...

Kawan2 pulak macam mana?

Baru semalam huby i komen,'nasib baik kita kawin dekat2 kann...kalau tidak jenuh nak memandu balik kampung...' Apa taknya..dalam sehari je..i boleh sampai dua2 rumah...tak kisahlah rumah sape dulu..tapi kebiasaannya rumah mak mentua dulu baru rumah mak..dari mula i kawin...sejak hampir 20 tahun lalu. I dahulukan mak mentua dan alhamdulillah mak i pun ok. Mak huby mak i jugak...mak i mak huby jugak...Lagipun, mak mentua i the best in the world!

Apa2punnnnnn...SELAMAT BERHARI RAYA semua! Semoga perjalanan ke mana2 tu selamat...

Tuesday, 23 August 2011

Siapa sangka?

Ye, siapa sangka yang i boleh terlibat macam ni?
Jangan la fikir bukan2 ye...sebenar i nak citer sikit pasal macam mana i boleh terjebak ngan kerjaya i ni.
Dulu, i tak pernah terfikir akan buat semua ni..tak berangan pun...masa kecik2 dulu bila orang tanya pasal cita2...i rasa pilihan pertama i nak jadi doktor...pas tu i nak jadi jururawat...pas tu i nak jadi pramugari...hehehehe....
Bila i dah remaja..semua cita2 tu hilang...i tak tahu i nak jadi apa...i berserah aje la...tapi yang pasti, i nak belajar setinggi manapun bila ada peluang.
Peluang memang ada untuk i selalu..alhamdulillah...
i ingat lagi masa i belajar dulu...bila kawan2 sibuk bercakap pasal nak lanjutkan pelajaran, i hanya beritahu dorang...'i balik nak kawin'...hehehehe...memang pun...tak sampai 3 bulan...i dah kawin...bukan sebab i gatal tau..tapi jodoh dah sampai..alhamdulillah...
sebenar i nak citer pasal mcm mana i terjebak ngan kerjaya i sekarang ni...
I habis belajar dulu, tak ada kerja untuk i tau...dorang kata i boleh jadi cikgu je..alamak! i tak minat langsung nak jadi cikgu...tak ada tokoh sebagai guru...dan tak reti la nak mengajar sesapa...
Macam manapun, i dapat peluang belajar lagi...kemudian dapat peluang bekerja di IPTA. Pertama kali mengajar, i tell you...i was scared. Real scared and has no confident at all. Buat nota berjela2..hehehe...dan berdoa yang pelajar2 yang cerdik tu tak kan tanya i apa2 soalan. Itu pengalaman awal. Dekat setahun baru la i ada sikit konfiden...
Sekarang selepas 11 tahun i terlibat dalam kerjaya i ni...alhamdulillah...i bersyukur sangat sebab huby i paksa i join the force. Alaaa..itupun sebab dia fikir, kerja i ni macam cikgu gak...ada kelonggaran dan tak perlu terikat kepada 8-5 waktu kerja. Realitinya...jauh dari jangkaan...
I suka kerjaya i. Tak sangka i sekarang ni become a very commited career woman. I like my job very well. No..no...i love my work so much. I rasa seronok sangat. Berjumpa dengan berbagai ragam remaja...mencurah ilmu...berkongsi pengalaman...menasihati...memberi pandangan...berbincang...macam2 la. Setiap kali cabarannya ialah menangani berbagai ragam remaja dan cuba memahami kehendak mereka. Memberitahu mereka macam mana nak belajar. Bukan kerja mudah bagi i. Tapi i ikhlas. I nak mereka jadi lebih baik dari i walaupun i tau I bukan fav person dorang tapi i tau...they like me....dan bila melihat mereka tamat pengajian dan tersenyum riang semasa menerima watikah tamat belajar dan tersenyum serta memanggil dan melambai tangan mereka kepada i...cukup lah itu..tak perlu ucapan terima kasih...i am part of their life...and in a way...i help shape their life...
So...siapa sangka...perempuan macam i yang pernah mengucapkan 'i nak kawin...i tak kisah kalau i tak kerja..tapi i nak jadi housewife yang educated' adalah seorang yang sekarang ini berkerjaya dan suka dengan kerjayanya....

Sunday, 21 August 2011

Boleh ke berhenti merokok?

Tepuk dada..tanya selera...

Boleh aje...cuma memangla perit. Ramai yang kata, bila dia berhenti merokok, badan dia terasa sakit2...rasa demam..rasa tak selesa...macam2 la. Itu perkara biasa. Apa yang sedang berlaku ialah, tubuh kita nak baiki diri kita. Sebab kecederaan akibat rokok selagi belum sampai tahap sakit kronik atau akut, masih boleh diperbaiki. Lerrr..apa tu kronik ? Apa tu akut?  Kronik tu...berpanjangan berlakunya...continous..atau..sekejap2 dtg..sekejap2 hilang..tp berulang2... Akut tu...sekali kena...terus boleh sampai ICU...huhuhu...Menyesal tak guna...

Yang menyebabkan susah nak berhenti ialah nikotina. Ia sebati dengan tubuh so lama la nak kena flush out dari tubuh.

Camne nak berhenti?

Yakinla boleh berhenti..dan usahala untuk berhenti...anda boleh!

Cuba sikit2..dan jangan putus asa. Semua di dalam kawalan kita sendiri. Kalau kita sayang diri kita, kita tak kan sakiti diri kita berterusan kan. Bila kecederaan berlaku dalam tubuh secara perlahan, kita tak dengar rintihan tubuh kita tu tapi...tubuh kita beritahu dengan cara contohnya..batuk...pening...sakit...

Jangan la kata pulak, tadi nak berhenti tu boleh rasa tak selesa sebagai rintihan tubuh pulak. Itu adalah reaksi tubuh yang nak baik pulih.

Kalau kita bersungguh, yakin, insyaAllah...dalam masa sebulan boleh berhenti...tapi..diri kena kuat la..jangan mudah tergoda dengan kawan2 yang masih merokok dan sengaja menggoda..dorang bukan apa..jeles je sebab ada kawan yang berusaha berhenti dan berjaya.

I sayang u..sebab tu la i citer sume ni tau...so usaha la ye...

Bila nak slim ni?

Tu la yg i pk2...cam ne nak slim ni...kata kawan2, i nampak ok je...tapi tu la..ada je part yang i tak ok...especially tang perut....

I komplen la kat huby satu masa tu...dia cadangkan i bersenam..ikut dia g mountain biking...so now i dah ada basikal...dah ada seluar yang sesuai..cuma masa pulak tak ada. First time i ikut huby cycle...mmg kena dera...ada la dalam 5 -6 kilometer dia dera i cycle. Masa tu i tak ada seluar yang sesuai...turun naik bukit...nak melecet celah peha u...tapi i berjaya la tamatkan jarak tu tanpa henti...determination babe!

Then huby cadangkan i pergi kelas aerobik. I pun, dengan happynya, enrolled myself to one studio dekat rumah...seronok..kat situ la jumpa Ella@K.Chik...! Then my adik ipar join...jadi la kami ni good / close friends / best buddies. Best beraerobik. Mula2 tu, sakit2 badan...nak berjalan pun sakit..kalah orang berpantang tau..then bila i teruskan aktiviti...seronok...badan pun jadi pejal...best! Tapi..berat badan tak berkurang...aduhhhh...hajat nak nampak ramping cam Ella@K.Chik.

Pas tu, sebab berat masih tak turun...i diet la plak...tak makan nasi...yang tu...i tell u, it works! Turun berat n kurang buncit. Berbulan i tak makan nasi walaupun nasi is my fav! Raya pun i tak makan ketupat ke..nasi impit ke...makan sayur..makan lauk...then berat stabil. Entah macam mana, one day, i start makan nasi balik...huhuhu...

Masih tak putus asa, bila kelas2 aerobik tu tak lagi memberi i kepuasan sebab instruktor tak best, huby kata, join la gymnasium. I pun g la join ngan huby sekali. Tiap2 hari i exercise kat gym. mula2 tu...tak larat nak exercise guna treadmill pun...i guna cross-trainer je...lama2...i dah buat hampir sume training tools kecuali untuk besarkan otot badan...lagipun, alat2 tu dikuasai kaum lelaki...lagi sekali i diet tak makan nasi...so now still no-rice diet. Hopefully..masa raya leh pakai kebaya n minus the bulge at the abdominal region...huhu...


Friday, 19 August 2011

masih nak merokok ke?

Nak sambung citer pasal merokok sikit lagi ye...

Sebelum ni i citer pasal bahan-bahan kimia dari asap rokok yang tak boleh diserap oleh darah kekal di paru2. Paru2 kita ni nipis je sel2nya. Sesuai dengan fungsi untuk dapatkan oksigen dan keluarkan karbon dioksida. Oleh sebab nipis, mudah la tercedera. Lagi pula, bahan-bahan yang terperangkap tadi, tak boleh nak pergi mana2 sebab nak ditolak keluar dari paru2 dah tak boleh. Sebab ia racun...makin banyak kita simpan dalam paru2, makin banyak ia mencederakan paru2. Kalau nak tahu, dalam paru2 kita, rupa tisunya macam gugusan buah anggur tau...tp setiap satu buah bergabung...separuh-separuh...alahai..kalau nak tengok rupanya..Google aje...hehehehe...

Bila kita merokok, kecederaan pada tisu yang macam buah anggur tadi, boleh sebabkan tisu tadi pecah sebiji-sebiji dan bergabung secara keseluruhan. Akibatnya fungsi paru2 kita pun berkurang. Bila itu berlaku, kurangla kemampuan mendapatkan oksigen. Jadi, kemungkinannya...tak boleh la nak aktif bersukan..mudah tercungap...cepat letih...jantung pun stres. lagi besar badan kita..lagi la stres jantung kita..

Lain dari itu, mungkin mudah dapat jangkitan kuman di paru2. Sebab paru2 tadi dah kurang perlindungan sebab...bulu rambut di saluran pernafasan dah mati, apa2 yg berada di udara senang masuk ke paru2. I pun tak nak la citer terlalu banyak pasal penyakit ni sebab nanti boring pulak sesapa yang baca blog i ni.

Yang penting sekali, merokok ni bukan menguntungkan pun. Duit boleh cari tapi bila kesihatan kalau dah tergadai..alahai....lagi banyak duit kena cari tau...

Renung-renungkan....




kenapa merokok?

I suka nak cakap sikit pasal hal ini. Mungkin golongan yang merokok tak suka la nak tau. Mungkin tak ada sesapa nak tau. Tapi bagi i, penting untuk i berkongsi apa yang i tau serba sedikit tentang merokok ni.

Agaknya kenapa ye ada orang merokok? Adakah ia melambangkan kedewasaan? Adakah ia memberi rasa nikmat tak terhingga, kepuasan? Adakah ia satu keseronokan? Adakah ia membantu otak menjadi lebih fokus, kurang mengantuk? Adakah ia menunjukkan satu tabiat kemajuan? Hanya perokok sahaja mampu menjawab soalan-soalan ini. Tapi i rasa, ada juga perokok yang tak pasti, 'mengapa aku merokok?'

Kata orang, merokok boleh membantu menguruskan badan. Iye ke? Logik juga alasan ini. Sebab itu ada perempuan yang merokok kerana terpengaruh dengan alasan ini. Apa yang berlaku sebenarnya, rokok mempunyai satu bahan kimia dipanggil nikotina yang menyebabkan kesan ketagihan merokok. Bau tipikal yang kita hidu pada perokok atau pada asap rokok sebenarnya adalah bau nikotina.Nikotina memberi kesan ke atas sistem saraf tubuh kita. Dan memang, ia bertindak ke atas sel otak dan memberi rasa nikmat dan rasa kurang mengantuk. So, ok la kalau merokok ye?

Nikotina tidak menyebabkan sel-sel tubuh mati. Tetapi ia boleh memberi kesan kepada liang salur darah. Ia menyebabkan salur darah menjadi sempit. Jadi, adakah ia boleh menyebabkan kematian bila salur darah menjadi sempit? Ooooohhh tidak. Belum lagi dan bukan berlaku sekelip mata. Tetapi ia sebenarnya antara penyebab kepada masalah jantung. Sebab itu, perokok dikatakan mempunyai risiko tinggi terhadap penyakit jantung dan darah tinggi.

Alahai...kalau cerita lebih terperinci pasal kesan rokok dalam tubuh, macam i bagi syarahan pulak tapi i nak kongsi sikit apa yang i tau...untuk menambah pengetahuan kita semua.

Jadi, kalau nikotina, bahan kimia hebat dalam rokok tak merosakkan sel, tak membunuh, mengapa la kat kotak rokok tu ada gambar-gambar yang kononnya boleh menakutkan perokok ye? I tak nampak sesiapa berhenti membeli rokok punnnn...ke i silap nampak...?

Nikotina ni hanya penyebab ketagihan. Sekali kita terjebak dengan rokok, memang sukar nak berhenti sebab ia bertindak ke atas sel-sel saraf terutama di otak. Ia memberi kesan 'reward' pada tubuh kita. So seronok la merokok kan? Keran kesan 'reward' ni la, tak makan pun tak apa..kenyang sahaja...tapi bagus ke?

Yang sebenar, selain nikotina, jangan tak percaya, ada lebih 4000 bahan kimia lain terkandung dalam asap rokok yang 99% darinya adalah racun. Tapi sebab kandungannya tak lah sampai tahap membunuh pada setiap kali rokok dihisap jadi kesannya tidak lah dirasakan dalam jangka masa pendek. Sebab itu ada yang kata,'Alahhh..aku dah berpuluh tahun merokok, tak ada apa pun berlaku kat aku. Hidup lagi aku ni'. Kalau begitu, syukurlah kerana rokok itu belum menyebabkan perokok tadi mengalami masalah. Dan syukurlah kerana masih berpeluang untuk berhenti merokok tanpa diuji dengan penyakit. Tapi...ada tak batuk2 dialami? Kalau tak ada...alhamdulillah. Kalau ada...tu tanda awal...hehehe...

Bahan racun yang dihisap tu kebanyakan memberi kesan kepada sel-sel tubuh. Bahan-bahan inilah yang perlahan-lahan membunuh tubuh kita. Kalau dah perlahan, boleh rasa ke sakitnya? Tentulah tidak kan? Sikit2 setiap hari...dan kalau kita pulak amatlah 'rajin' melakukan senaman dan 'kawal' makanan kita, kesan racun ini cepatlah kita rasa.

Biarlah i cerita sikit je kesan racun ni kat salur pernafasan kita.

Asap tu panas tak? Panas...tapi tak lah sampai terbakar kan kulit kita bila terkena asap ni. Kalau la asap ni panas sampai terlihat kesan terbakar, i gerenti, sekali kita cuba merokok, terus buang rokok tu...sakit kan kena panas asap tu. I teringat kata seorang kawan, 'hisap rokok ni macam geng jin la, pasal jin kan makannya asap?' Geng jin tu...aduhhh...

Ok, asap yang disedut ni bersifat agak panas...kita pun telan, masuk ikut saluran pernafasan. Dalam saluran pernafasan ini, Allah ciptakan sistem perlindungan yang sangat efektif, seakan bulu rambut, halus yang sentiasa mengipas. Apa tujuannya? Bulu halus ni (tak payahlah tahu nama saintifiknya ye..) bertindak memerangkap apa sahaja bahan yang termasuk ke dalam salur pernafasan. Di samping itu, salur pernafasan kita juga disaluti cecair yang dipanggil mukosa (alaaa...rupanya macam apa tu..sikit macam air liur...pekat2 sikit). Guna mukosa tadi adalah juga untuk memerangkap bahan-bahan asing yang termasuk ke dalam salur pernafasan. Sebab tu, perasan tak, bila kita berada dalam asap yang tebal, atau orang tak merokok terhidu asap rokok, otomatik kita rasa terbatuk? Batuk tu la satu cara tubuh kita lindungi tubuh kita kalau nak tahu. Kita batuk sebab nak keluarkan bahan yang dah terperangkap tadi dari dalam salur pernafasan.

Alah bisa tegal biasa....mula2 merokok, terbatuk..lama2 tak jadi apa. Sebab apa? Sebab, asap tadi telah perlahan-lahan membunuh bulu rambut pada salur pernafasan, juga mengeringkan mukosa yang dikeluarkan oleh sel-sel di salur pernafasan. Jadinya, sel-sel tadi berubah rupa menjadi seperti kulit kita...dan hilang fungsi perlindungan tadi. Sebab tu, perokok tetap la batuk, tapi batuk perokok ni lain sikit...agak kering...betul ke perokok?

Sebab perlindungan dah lumpuh, jadi bahan-bahan lain dalam asap rokok atau yang ada di sekitaran kita, mudahlah masuk ke sistem pernafasan. Banyak dari bahan ini, apabila masuk ke salur pernafasan, hujungnya adalah paru2 kita. Mana yang boleh diserap oleh darah, masuklah dalam sistem darah kita. Mana yang tak boleh diserap, akan berada dalam ruang di paru-paru kita. Ada masalah ke kalau itu berlaku? Ada....bahan seperti tar (salah satu bahan kimia dalam asap rokok) tinggal la dalam ruang paru2 kita. Apa akibatnya? Sel paru2 kita kena terima la tetamu tak diundang ni, kena sesuaikan keadaan...jadi sel paru2 akan mengalami perubahan secara perlahan2. Mungkin menyebabkan pertukaran udara (oksigen dan karbon dioksida) tidak boleh berlaku dengan efisien. Mungkin sel yang terpaksa sesuaikan diri tadi mengalami kecederaan. Mungkin sel tadi terpaksa berubah rupa pulak? Mana kita tahu kan...kita tak nampak. Dan takkan rasa sakit apa2 sampaila keadaan jadi tidak terkawal. Ini antara punca berlaku kanser. Sel kanser ni jahat. Dia wujud sebab kita jadikan dia aktif. Dia degil. Dia makan kawan. Lain kali la i cerita pasal sel kanser ye. Yang ini hanya nak cerita apa yang boleh berlaku dalam paru2 kita bila kita merokok.

Aduhai...panjangnya entry i ni...i sambung lain kali la ye...nanti boring lak baca...

Setakat ini...masih fikir merokok tu ok ke?

Saturday, 13 August 2011

Perihal kepala dan leher

I terjumpa dengan kata-kata ini semasa membaca email yang diposkan oleh seorang kawan:

"Husband is one who is the head of the family,

but his wife is the neck, and whichever way she turns, he goes."


I cukup tertarik dengan maksud yang tersirat dalam ungkapan ini. Ia seolah-olah mengatakan betapa berkuasanya wanita atau isteri terhadap suaminya.

Bila saya fikir2kan, ada betulnya ungkapan ini. Apabila lelaki terlalu mengasihi isterinya, dia akan pasti menurut kehendak isteri walaupun mungkin dia sedar ada keburukan kepada kehendak isterinya.

Bagi isteri pula, apabila mengetahui betapa kasih suami terhadapnya, mungkin akan mengambil kesempatan untuk meminta suami menurut kehendaknya.

Ia juga menunjukkan bahawa isteri itu berkuasa menentukan hala tuju hidup suami.

Jika begitu, isteri seharusnya berfikiran matang, tidak terlalu menurut nafsu, mengasihi suami dengan tidak memaksa suami menurut semua kemahuan, menjaga hal ehwal suami dengan baik, menghormatinya sebagai ketua keluarga.

Kepala tak boleh berfungsi dengan baik tanpa sokongan leher. Leher tak ada makna tanpa kepala...

Bukankah kita biasa mendengar ungkapan lain seperti ini:

"Di belakang kejayaan / kekalahan setiap lelaki, ada perempuan"

Oleh itu, hidup suami dan isteri adalah umpama aur dengan tebing, saling memerlukan dan saling menyokong.

Tidak ada seorang insan di dunia ini yang terjadi sempurna serba serbi. Kita harus belajar menerima kekurangan orang lain dan kekurangan kita. Mudah-mudahan hidup kita aman makmur.

Mudah2an kebaikan isteri dihargai suami...kebaikan suami dihargai isteri...Aminn...

Thursday, 11 August 2011

sakit bersalin

Pernah rasa sakit bersalin tak? kalau lelaki tak payah lah mengaku pernah...
i nak citer sikit la pasal tu..bukan apa, kadang orang cakap2 pasal sakit bersalin tapi tak tahu macam mana nak citer...

ini berdasarkan pengalaman i...sakit bersalin ni tiada tergambar sebenarnya...ia sangat sakit...boleh lupa diri, hilang ingatan kerana sakitnya ia. yang i boleh gambarkan kat sume bagaimana sakitnya ialah...u rasa u nak tinggalkan sakit tu di mana2 aje, u nak lari tinggalkan tubuh fizikal u yg sakit tu...macam tu la lebih kurang.

sebab itu la yg i rasa masa nak melahirkan anak i yg pertama tu.

tapi, Allah Maha Kaya...Maha Berpengetahuan...segala ilmu milik Dia...apabila sudah merasa sakit yang amat sangat..terlihat sahaja wajah anak yang dilahirkan, sakit pun hilang...dan kita pun lupa macam mana rasa sakit bersalin tu.

ok, i nak citer mengapa ia sakit...

ia sakit sebab,
1. otot-otot di bahagian salur peranakan meregang dengan hebat, nak keluarkan bayi, mujur kepala bayi ni walaupun tengkoraknya keras tapi masih boleh dikata lembut sebab ia boleh melepasi laluan sempit di salur peranakan (a bit malleable)
2. salur-salur darah di dinding di mana uri tertanam mula mengecut sedikit demi sedikit bagi membolehkan uri kemudiannya tertanggal
3. otot-otot rahim meregang dan menguncup berkali2 untuk membolehkan uri tertanggal sedangkan uri tertanam kuat dalam dinding rahim untuk menyokong kedudukan bayi. So bila pengecutan terus berlaku pada dinding rahim, makin longgar la kedudukan uri
- bayangkan bila kena gam UHU kat permukaan kulit kita...senang tak nak tanggal begitu saja? tapi kalau kita gerak-gerakkan bahagian yang terlekat gam ni, sikit2 gam nak juga tanggal kan?
4. otot-otot juga bekerja kuat berusaha memberi tekanan dalam bahagian abdomen (ruang yang kebiasaanya dipenuhi usus, juga pundi kencing tu...)

keseluruhannya..bahagian dalaman rahim perempuan mengalami kecederaan...sebab tu banyak darah keluar...tapi yang ajaibnya...selesai sahaja proses melahirkan, darah yg keluar tu dah kurang kann...tak ada la continous bleeding yang teruk macam kat accident tu..


So bayangkan..selama mana perempuan mengalami sakit bersalin, selama itu la masa diambil oleh tubuh kita untuk bersedia mengeluarkan bayi kita.

Sebab tu...bila baby dah lahir..serta merta sakit hilang.

dan sebab itu la...lelaki...kena la paham bahawa isteri berkorban nyawa untuk beri cahayamata yang menjadi bukti kasih sayang bersuami isteri

dan...

sebab itu la, wajar bagi semua mengagungkan ibu masing-masing kerana pengorbanan ibu..bukan sahaja semasa membiarkan bentuk tubuh berubah semasa mengandung, tetapi merelakan rasa sakit ya amat semasa bersalin dan seterusnya...menyusukan anak sehingga kenyang...

bukan sahaja mengagungkan ibu...isteri juga harus diberi penghormatan atas pengorbanan memberi zuriat tau..

kalau tak ada isteri..mana ada ibu, kalau tak ada...tak ada la kita semua...

renung-renungkan...



Wednesday, 10 August 2011

Sesak punya pasal (part 2)

hari tu i citer pasal jalan sesak, keter i kena belasah oleh mamat motor yang tak sayang nyawa...now ni i nak citer pasal...sesak ... apa maknanya ek?

sesak ada macam2 sesak kan
sesak nafas la
sesak hidup la
sesak duit la
sesak ... sesak .... sesak apa lagi ek?

Semua masalah sesak ni menyiksakan kan
- sesak atas jalan raya ... aduhh... tension!

 nak balik kampung nnt cam ni la kan?


- sesak nafas ... rasa mcm nak mati je... cepat2 la beristighfar
 - sesak hidup ... kena la belajar lapangkan fikiran ... byk2 berusaha dan berusaha .. dn yakin bahawa ada lapang selepas sesak ...
 

- sesak duit ... biasa la ... sume orang merasa ni ... paling penting...PENTING! jangan la pegi kat abang long Along tu... yang tu boleh sampai sesak nafas tau...


- Sesak orang ramai - contoh kat pasar malam, kat Sogo bila sale, kat komuter, kat mana2 la... adeiii...sanggup ke bersesak dengan orang ramai? Lain la kalu terpaksa kan...?

                         Hangit weh!!!

- errrr..sesak pandangan ada tak?

Apa2pun:


 

Salam Ramadhan ke 11!

Friday, 5 August 2011

Sesak punya pasal (part 1)

Semalam (5 Ogos 2011) i keluar dari pejabat n masuk ke Federal Highway. Konon nak jimat masa nak elak sesak pada laluan biasa, ikut seksyen 9 keluar ke seksyen 13 n off to Guthrie...rupanya...lagi hebat sesak kat Federal Highway. Dalam i menunggu giliran nak bergerak, tetiba seorang mamat motor dah langgar lampu belakang kereta i dan calarkan kereta i...aduhhhh...malangnya i hari tu. Tak berani i nak berhenti tengok kerosakan sebab tak mahu tambah kesesakan sedia ada. Mamat motor tu pulak selamba aje berlalu. Tapi i nampak dia dalam kesakitan dan i agak motorsikal dia pun cedera gak.

Dalam i memandu perlahan2...dalam hati tertanya2..silap siapa ni ye? i bukan pada laluan salah. i tak pulak sedang bergerak untuk memotong. i beratur. nape motorsikal tu langgar i. cuma sebelum kejadian tu i terdengar bunyi hon motorsikal. mungkinnya, mamat motor tu warning i ke? tapi kenapa? i bukan halang laluan dia pun...puas i fikir...yang i agak, mungkin mamat motor tu nak elak kereta yang berada di laluan kanan i yang cuba masuk ke laluan i dan motorsikal pulak bergerak laju. So mamat tu nak elak rempuh kereta tu, terlajak n 'bang!' langgar kereta i...aduhai....mau la melayang at least RM1K baiki kereta tu...lampu belakang ori mungkin dalam RM400 - 500. Tu calar tu...kemek lagi kereta i tu...alahai....dah la nak raya...macam mana i tak mengeluh ni.

Dalam hati terfikir, tu la nak cepat balik konon...ikut nasihat huby ikut highway..langsung...

          

Huby pulak fikir, i yang salah...sebab dia tau i pandu laju. Wahai huby, jalan sesak tak kan la i pandu laju. Kalau i pandu laju, i langgar kereta depan i. Sedih bila huby sangka buruk kat i...

Balik pulak, kelam kabut g kedai beli lauk nak masak untuk berbuka. Tengok jam, alahai..lagi 10 minit nak berbuka...kesian anak2 tunggu makanan untuk berbuka...maaafkan ibu anak2ku..tuntutan kerja tak benarkan ibu balik awal walaupun di bulan puasa...tapi kata huby, kerja sampai bila pun tak habis. Aduhhhh...pening nak layan kehendak semua orang kan. Tapi...apa nak buat...sabar je la...

Monday, 1 August 2011

Dunia Zana: Ramadhan tiba lagi

Dunia Zana: Ramadhan tiba lagi: "Malam ini ... Ramadhan tiba lagi ... alhamdulillah ... mudah2an panjang umur sehingga akhir Ramadhan. Bila di bulan Ramadhan ni, macam2 ki..."