Nak sambung citer pasal merokok sikit lagi ye...
Sebelum ni i citer pasal bahan-bahan kimia dari asap rokok yang tak boleh diserap oleh darah kekal di paru2. Paru2 kita ni nipis je sel2nya. Sesuai dengan fungsi untuk dapatkan oksigen dan keluarkan karbon dioksida. Oleh sebab nipis, mudah la tercedera. Lagi pula, bahan-bahan yang terperangkap tadi, tak boleh nak pergi mana2 sebab nak ditolak keluar dari paru2 dah tak boleh. Sebab ia racun...makin banyak kita simpan dalam paru2, makin banyak ia mencederakan paru2. Kalau nak tahu, dalam paru2 kita, rupa tisunya macam gugusan buah anggur tau...tp setiap satu buah bergabung...separuh-separuh...alahai..kalau nak tengok rupanya..Google aje...hehehehe...
Bila kita merokok, kecederaan pada tisu yang macam buah anggur tadi, boleh sebabkan tisu tadi pecah sebiji-sebiji dan bergabung secara keseluruhan. Akibatnya fungsi paru2 kita pun berkurang. Bila itu berlaku, kurangla kemampuan mendapatkan oksigen. Jadi, kemungkinannya...tak boleh la nak aktif bersukan..mudah tercungap...cepat letih...jantung pun stres. lagi besar badan kita..lagi la stres jantung kita..
Lain dari itu, mungkin mudah dapat jangkitan kuman di paru2. Sebab paru2 tadi dah kurang perlindungan sebab...bulu rambut di saluran pernafasan dah mati, apa2 yg berada di udara senang masuk ke paru2. I pun tak nak la citer terlalu banyak pasal penyakit ni sebab nanti boring pulak sesapa yang baca blog i ni.
Yang penting sekali, merokok ni bukan menguntungkan pun. Duit boleh cari tapi bila kesihatan kalau dah tergadai..alahai....lagi banyak duit kena cari tau...
Renung-renungkan....
No comments:
Post a Comment