Friday, 19 August 2011

kenapa merokok?

I suka nak cakap sikit pasal hal ini. Mungkin golongan yang merokok tak suka la nak tau. Mungkin tak ada sesapa nak tau. Tapi bagi i, penting untuk i berkongsi apa yang i tau serba sedikit tentang merokok ni.

Agaknya kenapa ye ada orang merokok? Adakah ia melambangkan kedewasaan? Adakah ia memberi rasa nikmat tak terhingga, kepuasan? Adakah ia satu keseronokan? Adakah ia membantu otak menjadi lebih fokus, kurang mengantuk? Adakah ia menunjukkan satu tabiat kemajuan? Hanya perokok sahaja mampu menjawab soalan-soalan ini. Tapi i rasa, ada juga perokok yang tak pasti, 'mengapa aku merokok?'

Kata orang, merokok boleh membantu menguruskan badan. Iye ke? Logik juga alasan ini. Sebab itu ada perempuan yang merokok kerana terpengaruh dengan alasan ini. Apa yang berlaku sebenarnya, rokok mempunyai satu bahan kimia dipanggil nikotina yang menyebabkan kesan ketagihan merokok. Bau tipikal yang kita hidu pada perokok atau pada asap rokok sebenarnya adalah bau nikotina.Nikotina memberi kesan ke atas sistem saraf tubuh kita. Dan memang, ia bertindak ke atas sel otak dan memberi rasa nikmat dan rasa kurang mengantuk. So, ok la kalau merokok ye?

Nikotina tidak menyebabkan sel-sel tubuh mati. Tetapi ia boleh memberi kesan kepada liang salur darah. Ia menyebabkan salur darah menjadi sempit. Jadi, adakah ia boleh menyebabkan kematian bila salur darah menjadi sempit? Ooooohhh tidak. Belum lagi dan bukan berlaku sekelip mata. Tetapi ia sebenarnya antara penyebab kepada masalah jantung. Sebab itu, perokok dikatakan mempunyai risiko tinggi terhadap penyakit jantung dan darah tinggi.

Alahai...kalau cerita lebih terperinci pasal kesan rokok dalam tubuh, macam i bagi syarahan pulak tapi i nak kongsi sikit apa yang i tau...untuk menambah pengetahuan kita semua.

Jadi, kalau nikotina, bahan kimia hebat dalam rokok tak merosakkan sel, tak membunuh, mengapa la kat kotak rokok tu ada gambar-gambar yang kononnya boleh menakutkan perokok ye? I tak nampak sesiapa berhenti membeli rokok punnnn...ke i silap nampak...?

Nikotina ni hanya penyebab ketagihan. Sekali kita terjebak dengan rokok, memang sukar nak berhenti sebab ia bertindak ke atas sel-sel saraf terutama di otak. Ia memberi kesan 'reward' pada tubuh kita. So seronok la merokok kan? Keran kesan 'reward' ni la, tak makan pun tak apa..kenyang sahaja...tapi bagus ke?

Yang sebenar, selain nikotina, jangan tak percaya, ada lebih 4000 bahan kimia lain terkandung dalam asap rokok yang 99% darinya adalah racun. Tapi sebab kandungannya tak lah sampai tahap membunuh pada setiap kali rokok dihisap jadi kesannya tidak lah dirasakan dalam jangka masa pendek. Sebab itu ada yang kata,'Alahhh..aku dah berpuluh tahun merokok, tak ada apa pun berlaku kat aku. Hidup lagi aku ni'. Kalau begitu, syukurlah kerana rokok itu belum menyebabkan perokok tadi mengalami masalah. Dan syukurlah kerana masih berpeluang untuk berhenti merokok tanpa diuji dengan penyakit. Tapi...ada tak batuk2 dialami? Kalau tak ada...alhamdulillah. Kalau ada...tu tanda awal...hehehe...

Bahan racun yang dihisap tu kebanyakan memberi kesan kepada sel-sel tubuh. Bahan-bahan inilah yang perlahan-lahan membunuh tubuh kita. Kalau dah perlahan, boleh rasa ke sakitnya? Tentulah tidak kan? Sikit2 setiap hari...dan kalau kita pulak amatlah 'rajin' melakukan senaman dan 'kawal' makanan kita, kesan racun ini cepatlah kita rasa.

Biarlah i cerita sikit je kesan racun ni kat salur pernafasan kita.

Asap tu panas tak? Panas...tapi tak lah sampai terbakar kan kulit kita bila terkena asap ni. Kalau la asap ni panas sampai terlihat kesan terbakar, i gerenti, sekali kita cuba merokok, terus buang rokok tu...sakit kan kena panas asap tu. I teringat kata seorang kawan, 'hisap rokok ni macam geng jin la, pasal jin kan makannya asap?' Geng jin tu...aduhhh...

Ok, asap yang disedut ni bersifat agak panas...kita pun telan, masuk ikut saluran pernafasan. Dalam saluran pernafasan ini, Allah ciptakan sistem perlindungan yang sangat efektif, seakan bulu rambut, halus yang sentiasa mengipas. Apa tujuannya? Bulu halus ni (tak payahlah tahu nama saintifiknya ye..) bertindak memerangkap apa sahaja bahan yang termasuk ke dalam salur pernafasan. Di samping itu, salur pernafasan kita juga disaluti cecair yang dipanggil mukosa (alaaa...rupanya macam apa tu..sikit macam air liur...pekat2 sikit). Guna mukosa tadi adalah juga untuk memerangkap bahan-bahan asing yang termasuk ke dalam salur pernafasan. Sebab tu, perasan tak, bila kita berada dalam asap yang tebal, atau orang tak merokok terhidu asap rokok, otomatik kita rasa terbatuk? Batuk tu la satu cara tubuh kita lindungi tubuh kita kalau nak tahu. Kita batuk sebab nak keluarkan bahan yang dah terperangkap tadi dari dalam salur pernafasan.

Alah bisa tegal biasa....mula2 merokok, terbatuk..lama2 tak jadi apa. Sebab apa? Sebab, asap tadi telah perlahan-lahan membunuh bulu rambut pada salur pernafasan, juga mengeringkan mukosa yang dikeluarkan oleh sel-sel di salur pernafasan. Jadinya, sel-sel tadi berubah rupa menjadi seperti kulit kita...dan hilang fungsi perlindungan tadi. Sebab tu, perokok tetap la batuk, tapi batuk perokok ni lain sikit...agak kering...betul ke perokok?

Sebab perlindungan dah lumpuh, jadi bahan-bahan lain dalam asap rokok atau yang ada di sekitaran kita, mudahlah masuk ke sistem pernafasan. Banyak dari bahan ini, apabila masuk ke salur pernafasan, hujungnya adalah paru2 kita. Mana yang boleh diserap oleh darah, masuklah dalam sistem darah kita. Mana yang tak boleh diserap, akan berada dalam ruang di paru-paru kita. Ada masalah ke kalau itu berlaku? Ada....bahan seperti tar (salah satu bahan kimia dalam asap rokok) tinggal la dalam ruang paru2 kita. Apa akibatnya? Sel paru2 kita kena terima la tetamu tak diundang ni, kena sesuaikan keadaan...jadi sel paru2 akan mengalami perubahan secara perlahan2. Mungkin menyebabkan pertukaran udara (oksigen dan karbon dioksida) tidak boleh berlaku dengan efisien. Mungkin sel yang terpaksa sesuaikan diri tadi mengalami kecederaan. Mungkin sel tadi terpaksa berubah rupa pulak? Mana kita tahu kan...kita tak nampak. Dan takkan rasa sakit apa2 sampaila keadaan jadi tidak terkawal. Ini antara punca berlaku kanser. Sel kanser ni jahat. Dia wujud sebab kita jadikan dia aktif. Dia degil. Dia makan kawan. Lain kali la i cerita pasal sel kanser ye. Yang ini hanya nak cerita apa yang boleh berlaku dalam paru2 kita bila kita merokok.

Aduhai...panjangnya entry i ni...i sambung lain kali la ye...nanti boring lak baca...

Setakat ini...masih fikir merokok tu ok ke?

No comments:

Post a Comment