Pernah rasa sakit bersalin tak? kalau lelaki tak payah lah mengaku pernah...
i nak citer sikit la pasal tu..bukan apa, kadang orang cakap2 pasal sakit bersalin tapi tak tahu macam mana nak citer...
ini berdasarkan pengalaman i...sakit bersalin ni tiada tergambar sebenarnya...ia sangat sakit...boleh lupa diri, hilang ingatan kerana sakitnya ia. yang i boleh gambarkan kat sume bagaimana sakitnya ialah...u rasa u nak tinggalkan sakit tu di mana2 aje, u nak lari tinggalkan tubuh fizikal u yg sakit tu...macam tu la lebih kurang.
sebab itu la yg i rasa masa nak melahirkan anak i yg pertama tu.
tapi, Allah Maha Kaya...Maha Berpengetahuan...segala ilmu milik Dia...apabila sudah merasa sakit yang amat sangat..terlihat sahaja wajah anak yang dilahirkan, sakit pun hilang...dan kita pun lupa macam mana rasa sakit bersalin tu.
ok, i nak citer mengapa ia sakit...
ia sakit sebab,
1. otot-otot di bahagian salur peranakan meregang dengan hebat, nak keluarkan bayi, mujur kepala bayi ni walaupun tengkoraknya keras tapi masih boleh dikata lembut sebab ia boleh melepasi laluan sempit di salur peranakan (a bit malleable)
2. salur-salur darah di dinding di mana uri tertanam mula mengecut sedikit demi sedikit bagi membolehkan uri kemudiannya tertanggal
3. otot-otot rahim meregang dan menguncup berkali2 untuk membolehkan uri tertanggal sedangkan uri tertanam kuat dalam dinding rahim untuk menyokong kedudukan bayi. So bila pengecutan terus berlaku pada dinding rahim, makin longgar la kedudukan uri
- bayangkan bila kena gam UHU kat permukaan kulit kita...senang tak nak tanggal begitu saja? tapi kalau kita gerak-gerakkan bahagian yang terlekat gam ni, sikit2 gam nak juga tanggal kan?
4. otot-otot juga bekerja kuat berusaha memberi tekanan dalam bahagian abdomen (ruang yang kebiasaanya dipenuhi usus, juga pundi kencing tu...)
keseluruhannya..bahagian dalaman rahim perempuan mengalami kecederaan...sebab tu banyak darah keluar...tapi yang ajaibnya...selesai sahaja proses melahirkan, darah yg keluar tu dah kurang kann...tak ada la continous bleeding yang teruk macam kat accident tu..
So bayangkan..selama mana perempuan mengalami sakit bersalin, selama itu la masa diambil oleh tubuh kita untuk bersedia mengeluarkan bayi kita.
Sebab tu...bila baby dah lahir..serta merta sakit hilang.
dan sebab itu la...lelaki...kena la paham bahawa isteri berkorban nyawa untuk beri cahayamata yang menjadi bukti kasih sayang bersuami isteri
dan...
sebab itu la, wajar bagi semua mengagungkan ibu masing-masing kerana pengorbanan ibu..bukan sahaja semasa membiarkan bentuk tubuh berubah semasa mengandung, tetapi merelakan rasa sakit ya amat semasa bersalin dan seterusnya...menyusukan anak sehingga kenyang...
bukan sahaja mengagungkan ibu...isteri juga harus diberi penghormatan atas pengorbanan memberi zuriat tau..
kalau tak ada isteri..mana ada ibu, kalau tak ada...tak ada la kita semua...
renung-renungkan...
Ooo,rupa2nya mcm tu sakit bersalin.
ReplyDeleteKadang2 tertanya juga mcm mana sakitnya.
Terima kasih di atas perkongsian! :)
nice n3, very informative.
ReplyDelete