Friday, 5 August 2011

Sesak punya pasal (part 1)

Semalam (5 Ogos 2011) i keluar dari pejabat n masuk ke Federal Highway. Konon nak jimat masa nak elak sesak pada laluan biasa, ikut seksyen 9 keluar ke seksyen 13 n off to Guthrie...rupanya...lagi hebat sesak kat Federal Highway. Dalam i menunggu giliran nak bergerak, tetiba seorang mamat motor dah langgar lampu belakang kereta i dan calarkan kereta i...aduhhhh...malangnya i hari tu. Tak berani i nak berhenti tengok kerosakan sebab tak mahu tambah kesesakan sedia ada. Mamat motor tu pulak selamba aje berlalu. Tapi i nampak dia dalam kesakitan dan i agak motorsikal dia pun cedera gak.

Dalam i memandu perlahan2...dalam hati tertanya2..silap siapa ni ye? i bukan pada laluan salah. i tak pulak sedang bergerak untuk memotong. i beratur. nape motorsikal tu langgar i. cuma sebelum kejadian tu i terdengar bunyi hon motorsikal. mungkinnya, mamat motor tu warning i ke? tapi kenapa? i bukan halang laluan dia pun...puas i fikir...yang i agak, mungkin mamat motor tu nak elak kereta yang berada di laluan kanan i yang cuba masuk ke laluan i dan motorsikal pulak bergerak laju. So mamat tu nak elak rempuh kereta tu, terlajak n 'bang!' langgar kereta i...aduhai....mau la melayang at least RM1K baiki kereta tu...lampu belakang ori mungkin dalam RM400 - 500. Tu calar tu...kemek lagi kereta i tu...alahai....dah la nak raya...macam mana i tak mengeluh ni.

Dalam hati terfikir, tu la nak cepat balik konon...ikut nasihat huby ikut highway..langsung...

          

Huby pulak fikir, i yang salah...sebab dia tau i pandu laju. Wahai huby, jalan sesak tak kan la i pandu laju. Kalau i pandu laju, i langgar kereta depan i. Sedih bila huby sangka buruk kat i...

Balik pulak, kelam kabut g kedai beli lauk nak masak untuk berbuka. Tengok jam, alahai..lagi 10 minit nak berbuka...kesian anak2 tunggu makanan untuk berbuka...maaafkan ibu anak2ku..tuntutan kerja tak benarkan ibu balik awal walaupun di bulan puasa...tapi kata huby, kerja sampai bila pun tak habis. Aduhhhh...pening nak layan kehendak semua orang kan. Tapi...apa nak buat...sabar je la...

1 comment:

  1. Mmg bad day la smalam ye. dugaan di bulan posa. InsyaAllah ader hikmahnya tu. tk kisahla apa org kata..yg pnting kita thu apa yg kita buat..telinga pun kene posa gak..hehe..

    ReplyDelete