"Husband is one who is the head of the family,
but his wife is the neck, and whichever way she turns, he goes."
but his wife is the neck, and whichever way she turns, he goes."
I cukup tertarik dengan maksud yang tersirat dalam ungkapan ini. Ia seolah-olah mengatakan betapa berkuasanya wanita atau isteri terhadap suaminya.
Bila saya fikir2kan, ada betulnya ungkapan ini. Apabila lelaki terlalu mengasihi isterinya, dia akan pasti menurut kehendak isteri walaupun mungkin dia sedar ada keburukan kepada kehendak isterinya.
Bagi isteri pula, apabila mengetahui betapa kasih suami terhadapnya, mungkin akan mengambil kesempatan untuk meminta suami menurut kehendaknya.
Ia juga menunjukkan bahawa isteri itu berkuasa menentukan hala tuju hidup suami.
Jika begitu, isteri seharusnya berfikiran matang, tidak terlalu menurut nafsu, mengasihi suami dengan tidak memaksa suami menurut semua kemahuan, menjaga hal ehwal suami dengan baik, menghormatinya sebagai ketua keluarga.
Kepala tak boleh berfungsi dengan baik tanpa sokongan leher. Leher tak ada makna tanpa kepala...
Bukankah kita biasa mendengar ungkapan lain seperti ini:
"Di belakang kejayaan / kekalahan setiap lelaki, ada perempuan"
Oleh itu, hidup suami dan isteri adalah umpama aur dengan tebing, saling memerlukan dan saling menyokong.
Tidak ada seorang insan di dunia ini yang terjadi sempurna serba serbi. Kita harus belajar menerima kekurangan orang lain dan kekurangan kita. Mudah-mudahan hidup kita aman makmur.
Mudah2an kebaikan isteri dihargai suami...kebaikan suami dihargai isteri...Aminn...
No comments:
Post a Comment