Friday, 9 December 2011

Alangkah seronok menjadi burung

Itulah yang pernah i beritau seorang sahabat...i merasa alangkah seronoknya menjadi seekor burung. Bebas terbang ke sana sini. Mengikut lumrah alam sahaja. Keseluruhan hidup hanya tertumpu pada Maha Pencipta dan melakukan apa yang telah diprogramkan untuknya.

Burung...menghiasi alam semula jadi. Memberi keceriaan waktu pagi dan petang. Tiada kerisauan melainkan untuk mencari rezeki yang sudah pasti halal untuknya.

Burung...bebas hinggap di mana sahaja. Tiada larangan dan halangan. Menurut apa yang telah tertulis dalam sejarah hidupnya.

Tapi mungkin ini hanya di fikiran i sahaja kannn...mungkinkah burung ingin menjadi manusia??

No comments:

Post a Comment