Friday, 16 December 2011

Pengalaman adalah guru terbaik kita

I rasa hepi sekarang sebab, aras konfiden i sudah meningkat. Dari seorang yang pendiam, hanya memerhati, mendengar dan menerima..i dah jadi seorang yang agak vokal. Alhamdulillah...i jadi lebih konfiden setelah i menamatkan pengajian i di peringkat tinggi. Mungkin rasa konfiden ini datang kerana bukan mudah melalui pengalaman belajar sehingga ke tahap yang i dah berjaya capai. Mungkin kerana pengalaman semasa belajar itu, yang mana i harus lakukan semua sendiri mengikut carta masa i ... nak habis cepat kena disiplin, kena pandai menterjemah hasil kerja orang lain, kena pandai bertanya dan berbincang, kena buat itu, buat ini..memang..semua ini memberi i pengalaman yang cukup berharga...

Dan memang la pengalaman itu guru kepada semua jenis pelajaran...wisdom comes with experience.

Rajin2 la kita semua menimba pengalaman ye kawan2...

Selamat berhujung minggu...!

No comments:

Post a Comment