Friday, 9 December 2011

Dia buah hatiku

Nur Kamalia Amni, lahir pada 24 Oktober 2005, minggu kedua Ramadhan pada tahun itu. The only child delivered during the fasting month. Dia anak yang hampir i gugurkan sebab masa tu i tidak bercadang untuk pregnant lagi dan tak mahu anak lagi. Masa tu, i sedang bertungkus lumus ingin menghabiskan semua kerja-kerja penyelidikan i. Masa tu, i tak mahu ada gangguan yang akan melewatkan masa i untuk tamat belajar on time. Bila i bagitau husband yang i mungkin sedang pregnant, dia tak percaya. Almaklum...hehehehe...hati2 la katakan...tapi once again, accident happened...

So bila pregnancy i confirmed di klinik, i dengan selamba bagi tau doktor yang i tak nak baby tu. Sebelum tu i dah beritau husband yang i tak sanggup nak pregnant lagi. Husband i pada mulanya memang terkejut dengan permintaan i tu, tapi akur bila i bagi alasan i tak larat sebab i nak habiskan jugak studi i. So, bila i maklumkan pada doktor tentang keputusan i tu, husband i tak kata apa2.

Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui...atas nasihat doktor, i tak jadi gugurkan Kamalia yang pada masa itu hanyalah sebesar biji kacang tanah saiznya. Alasan doktor tu, i muda lagi...i tak ada masalah semasa pregnant, i tak ada masalah melahirkan dan yang utama, kata doktor tu, 'manalah tau puan, anak puan yang inilah yang paling membuat puan bahagia nanti, yang paling pandai...paling baik...'. Mendengar ayat terakhir doktor itu la, i akhirnya menerima hakikat yang i kena mengalami pregnancy untuk kali ke 7.

Dan Alhamdulillah...Kamalia memang beri i pengalaman mengandung dan melahirkan yang berbeza. Tak mahu keluar walaupun i dah berada di labour room lebih 5 jam. Semua kerana..technical error. Water bag tak pecah. Round neck cord la... Masa pregnant pulak, dia dalam keadaan placenta previa. Memang cubaan betul....tapi inilah dia Nur Kamalia Amni...the apple of my eyes...The one that bends all my thumbs! 







No comments:

Post a Comment