Friday, 17 February 2012

Alangkah seronok jika kaya

Agaknya, apa ye yang anak2 atau orang2 kaya buat hari2 ye? Yang i maksud orang kaya ni, ye la...orang yang banyak duit...orang yang lahir2 aje..tak payah risau macam mana nak cari duit..macam Paris Hilton tu contohnya...tapi dia pun buat macam2 gak kan nak tambah duit...


Yang pasti, orang banyak duit ni I rasa mempunyai banyak advantage. Nak buat baik ke..nak buat jahat ke..semua dia boleh.


Kalau nak buat jahat, duit la yang akan jadi tulang belakang..hulur aje...sesapa aje yang perlukan duit akan buat kerja kotor dia...


Tapi I lebih jelez pada orang yang banyak duit tetapi tidak kedekut...malahan sangat pemurah dan tidak pentingkan diri sendiri.


Ada seorang hamba Allah ni, khabarnya, dia seorang yang pemurah. Sedia membantu kawan2 dalam kesusahan. Tengok rupa dia memang tak berlagak langsung. Juga tak nampak macam orang banyak duit. Tapi yang pasti, dia banyak duit...


Katanya, dia bukan orang senang asalnya. Hanya dia mendapat rezeki jauh lebih baik dan selepas itu, dia terus berjaya dan berjaya. Masih muda...sudah punya rumah bernilai berjuta ringgit. hanya bermula dengan sedikit wang tetapi rezekinya baik, dan dia cerdik, pelaburan pertama menjadi. Dan dari langkah pertama, berterusan sehingga kini. Rajin pula hamba Allah ini membantu kawan2 seangkatan yang masih merangkak. Jelez I dengan apa yang hamba Allah ini ada...kerana, dia tidak tamak dan ada peluang mencari pahala berganda...


I terfikir pasal sesetengah individu di Malaysia ni..belum la termasuk golongan bilionaire tetapi pernah dilapor berbelanja besar...mengalahkan bilionaire..aduhhh...


I juga terfikir kepada individu yang dimurahkan rezeki ini, apabila hendak menderma, seluruh dunia tahu niatnya menderma...aduhhhh...


Memang la seronok ada banyak duit kannn..tapi ramai juga yang semakin kaya ni semakin susah nak keluar duit...setiap sen berkira...


Akhirnya, I pasrah...mungkin duit I tak banyak..ada ketika tak mencukupi...tapi I masih kaya juga...kaya dengan senyuman sekurang-kurangnya...dan I yakin, duit yang diperolehi dengan titik peluh sendiri secara ikhlas dan susah payah jauh lebih baik dari yang senang dapat...


Walau hati teringin pada kemewahan tetapi hati juga takut tak mampu diuji...Rozzana, bersyukurlah dengan apa yang ada...Alhamdulillah...

3 comments:

  1. Ya. Kita patut bersyukur dgn apa yg kita ada...

    :)

    ReplyDelete
  2. Wahai Ella .. bersyukkurlah dengan apa yang ada .. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Hello Jonni, hai Ella...Alhamdulillah kan..?

    ReplyDelete