Empat hari cuti ni...rasa macam dapat cuti setahun. Rasa seronok sakan. Ye la..selepas berhari2 i rasa i bekerja kuat dengan ada hari yang tak tidur malam, bila kerja yang sepatutnya selesai pas tu pulak cuti..aduhhhh...kepala terus kosong...eh silap! bukan kepala terus kosong tapi lebih kurang gitu la...langsung tak nak fikir pasal kerja...
Semalam i rehat habis...satu hari suntuk tak buat apa2. Petang lepak ngan K.Chik@Ella kat Restoran Resipi Rahsia. Lama tul tak jumpa dia. Macam setahun tak jumpa je kami bercerita sampai la ke Maghrib. Tu pasal huby selalu sakat i, kalau jumpa Ella tak reti nak balik...Ada pulak...Hari ini, nasib baik K.Chik@Ella ajak i p bersenam, kalau tak, ada harapan i menambah berat badan. Ini pun bibik yang tolong kemas rumah dah komen kat i,'ibuk dah gemuk ye buk...' Alahai...
Esok, i kena gak g ke opis...kena gak buat keje walaupun rasa nak lepak terus tu ada...i kena kuatkan semangat esok, g opis, buat apa2 yang patut. Kena buat analisa respon pelajar ke atas kelas i. Entah apa la agaknya hasil analisa tu...harap2 akan dapat membantu memperbaiki diri i..
Hmmm...kawan2 yang sedang bercuti tu, selamat menghabiskan masa ye...dengan pengisian yang menggembirakan...
No comments:
Post a Comment