Tuesday, 28 February 2012
Rimas la jugak..
i ada huby yang hensem dan baik TAPI.....
apa yang tapi tu?
Huby i tak percaya i atau terlalu sayang i atau tak de keje lain...bukan nak kutuk dia..cuma nak luahkan sikit rasa yang terpendam ni. Tak mahu tension...
Huby i ni, ke mana pun i pergi, mesti i jangan lupa report kat dia. Hari2 sebaik i park keter i kat depan ofis, i mesti..MESTI, call huby, report i dah sampai. Kalau i terlupa buat...aduhhhh...panas telinga i bila huby sound. Kalau dia call, i tak jawab..haru biru la jadinya...dia akan call i berulang kali dan pernah sampai lebih 20x tau dalam sesuatu masa. Last apabila i masih tak jawab call dia, i akan dapat pesanan ringkas yang buat jantung i terjatuh sekejap...kata2 yang pedas mengguris perasaan.
Biasanya i tak jawab calls dia sebab i dalam meeting atau ada la keje di tempat lain dan tertinggal telefon. Atau, telefon i dalam beg tangan, in silent mode.
Tengahari, dia akan call i...kalau bukan nombor mobile, nombor ofis...sampai semua ofis mate i dah tau dah...senyum2 dorang kat i.
Ada yang bgtau i...'untungnya u...huby u sayang giler kat u, caring!'. Ada yang kata pulak, 'ish! tak boring ke?'. Pagi, petang, malam...di mana pun i, i tak boleh, TAK BOLEH terlupa call dia. Dia prefer i call dari beri pesanan ringkas.
Ada ketika, i rimas....tapi apa kan daya...dia huby i...mungkin ini yang terbaik untuk i?
Dear huby, sorry...didnt mean to hurt your feelings, but i want you to know, i need some space please....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sayang tu ok, sayang giler tu dah jadik controlling and abusive..not ok.
ReplyDelete