Chakkkk!!
Hehehehe...lama i tak berblog ni...rindu pulak rasanya...
Masa i menaip entry ni i berada di Pulau Jerejak, Pulau Pinang. Jadi fasilitator sekejap kat sini. Objektif i sebelum tiba sini adalah memastikan apa yang diminta selesaikan di sini, selesai..insyaAllah.
Entry lain nanti i akan cuba upload pasal pulau ni. Tapi sekarang, i nak cerita lain sikit la...pasal SBPA yang dah mansuh sebelum bermula tu...kelakar jugak rasanya kisah SBPA ni. Alaaa...skim baru perkhidmatan yang digembar-gemburkan menggantikan SSM tu...
I dapat tau tadi, skim sudah dimansuh. Gaji bagi staf bawahan naik 13%. SSM masih digunakan lagi. Tarikh semua ni berlaku ialah hari ini: 8 Mac 2012. Should we be 'thankful' Najib?
Hmmm..i nak komen sikit la pasal pegawai2 yang terlibat dengan semua ini...penjelmaan SBPA. First, i kesian gak kat dorang sebab, penat dorang buat kertas kerja dan buat sedikit kajian tentang gaji sapa nak naik berapa, kaji skim gaji dan sebagainya...alih2, kena mansuh. Letih tu...entah2 ada yang claim lebih masa masa buat semua tu.
Secondly, i rasa...masyaAllah...kenapa la dorang tak kaji betul2 sebelum buat apa2 keputusan.?Kenapa la agaknya pihak2 yang boleh membantu buat keputusan tidak diberi draf kertas kerja dulu? Kenapa la mesti digembar-gemburkan dulu sesuatu yang nampak belum cukup perbincangan di dada2 akhbar?
Memanglah yang dapat untung besar bak durian runtuh adalah mereka yang berada di kalangan eksekutif tertinggi perkhidmatan, tentulah golongan ini, senyum2 kambing bila golongan bawah bising2 tentang ketidak adilan. Maka, yang berduit...bertambahlah duitnya...yang kurang berduit...masih juga kurang berduit sebab jurang kenaikan gaji yang amat ketara. yang dapat gaji besar ni, mampu berbelanja RM100 sehari tetapi yang mendapat kenaikan sedikit tu...RM100 sehari adalah a rare treat.
Hanya i nampak, di Malaysia ni ramai orang yang jiwanya tenang dan mudah bersyukur....walaupun kenaikan gaji jauh lebih rendah berbanding CEO kerajaan...masih lagi ada yang tersenyum...kerana memang dasarnya... lebih besar periuk, lebih besar keraknya!
No comments:
Post a Comment