Monday, 12 March 2012

Terimalah seadanya

Itu lah yang terlintas di kepala i bila i fikir2 apa yang i nak tulis kat sini hari ni.

Hakikatnya, kita tak tahu apa akan berlau di esok hari. Kita boleh je plan macam2 kan...tapi semuanya Yang Maha Kuasa yang menentukan. Tapi, tetap juga kita kena plan hidup kita. Jika tidak, kita tak punya hala tuju, tak tahu apa nak jadi dengan hidup kita.

Tentu saja kita tau, tujuan kita hidup adalah untuk DIA. Semua yang kita buat seharusnya menuju ke situ...ke arah DIA. Tapi, bukanlah bermakna, kita tak boleh tetapkan hala tuju selain itu. Hala tuju kepada DIA tetap saja 'background' kepada lain2 hala tuju hidup kita.

Ada ketika i menyalahkan takdir hidup i...kenapa i tidak begitu, begini...tetapi apabila rasional datang semula ke kepala i, i sedar, hidup ini sebenarnya adalah cabaran. Dan setiap satu yang berlaku itu adalah pelajaran, memberi pengalaman, mengajar supaya jadi lebih baik dari sebelumnya. Sentiasa ada kebaikan dalam setiap keburukan dan mungkin juga ada keburukan sedikit dalam setiap kebaikan?

Jadi, i fikir...selagi ada kewarasan fikiran, i harus terus gunakan akal yang ada untuk buat pertimbangan. Tiada salah berbuat salah...hanya, i mesti tau...kesalahan ada kebaikan...ada ilmu di dalamnya. I rasa la...lebih baik kita tau kesalahan kita dari kebaikan kita. Jika melihat kebaikan sahaja, i fikir...selamanya kita perasan kita bagus, kita tak belajar apa2. Cuma...bila nyawa meninggalkan jasad, biarlah yang disebut2 kebaikan sahaja bukan kesalahan atau kejahatan.

Lalu, i buat keputusan, rancang hidup...tapi beri ruang pada kemungkinan. Terima apa yang ada dan jika mampu, i harus perbaiki. I harus sentiasa waspada sebab dugaan datang dari semua arah, dalam pelbagai bentuk. Yang penting, i mesti ingat selalu...ingat siapa diri i. Akhirnya I berharap, orang lain boleh menerima diri i seadanya kerana i percaya, apa yang berlaku adalah cermin hidup kita.

No comments:

Post a Comment