Tuesday, 27 March 2012

Ish! Perempuan ni...!!

Ni la pagi2 i dah dalam keadaan grrrrrr...geram. Pagi2 i dah bertengkar sikit dengan suami i...geram sungguh rasa hati.

Dan pagi2 ni i dah berjanji dengan diri i sendiri supaya i lebih hati2 dengan mana2 kenalan perempuan yang nampak macam boleh percaya tetapi sebenar.....

Yang i bengang tu, suami i percaya pulak kata2 kawan tu, lebih dari kata2 i...kata suami i,' tak kan dia menipu?' Adoiiii....jadi isteri sendiri menipu la maksudnya??? Betul2 sakit hati i ni...

I hanya menjawab soalan kawan tu dengan jujur sambil bergurau. Tetapi kawan tu sudah sedikit 'twist' kata2 i menyebabkan hati suami i terguris. Alahai....

Memang la betul pandangan masyarakat, kebanyakan perempuan tak boleh dipercayai.

Selepas ini, i hanya akan senyum saja pada kawan tadi...less words exchange between me and her.

Simpati i pada dia seperti tidak berbaloi!

2 comments: