Itulah yang i rasa...
Suatu masa dulu, i tak pernah berangan untuk capai ke tahap i sekarang. yang i tau masa tu, i nak jadi suri tangga sepenuh masa, tapi suri rumah yang ada kelulusan akademik..itu aje. simple sakan kan cita2 i masa tu.
tapi sekarang...lain la jadinya i ni. i ada kerjaya..dan boleh i katakan, kerjaya i ni agak mencabar jugak la. bukan setakat jumpa pelajar, i juga berurusan dengan beberapa agensi kerajaan lain, kena jaga nama institusi tempat i bekerja, jaga maklumat...pastikan maklumat i betul sepanjang masa.
memang la ada ketika, i rasa sangat lah susah hatinya sebab macam mana ye nak bahagi masa sebaiknya buat itu, buat ini, dan banyak ketika i rasa, i korbankan masa dengan keluarga...sebab hujung minggu pun i kerja. cuti tahunan i setakat ini, tak pernahnya habis..rasanya lagi 2 tahun, banyak cuti i tu 'burn' la jawabnya.
sungguhpun begitu, rasa seronok bekerja ini, sangat i terasa. sungguhpun macam2 tugasan i lakukan, i terasa seronok. walaupun setakat berjumpa pelajar-pelajar baru, i tetap berasa seronok. i suka ofis i. bagi i, ofis i adalah satu tempat yang aman...pulak i dapat bilik yang punya pemandangan yang indah...i suka sangat.
insyaAllah, i rasa sampai satu hari i tamat dari perkhidmatan sekalipun, i rasa i akan tetap berasa seronok. sebab bagi i, setiap hari, setiap masa, setiap perkara, setiap masalah, setiap segala sesuatu la...memberi i pengajaran dan pelajaran...buat i jadi lebih matang dari semalam...
hanya i berharap, mudah2an setiap sesuatu yang i buat ini adalah seikhlasnya hati i...kerana i yakin, di sebalik segala yang susah, ada kesenangan...
SELAMAT BEKERJA semua ye!
No comments:
Post a Comment