Wednesday, 28 March 2012

Apa salahnya i kata u pandai masak?

Ada lelaki tak suka bila diwar-warkan yang dia pandai masak. Dia rasa rendah diri sebab dia rasa dia akan diketawakan oleh kawan2 dia...ada ke macam tu?

I tak pernah sekalipun pandang hina pada mana2 lelaki yang pandai masak. Malahan pujian i melangit dan tumpang bangga sebab sudi mencemar duli masuk ke dapur membuat apa yang selalunya perempuan buat. Malahan, i pernah merasa segan pada seorang kenalan lelaki yang mengatakan bahawa anak2 dia suka bila dia yang memasak.

Kadang i rasa kan, salah mak lelaki...manjakan anak2 lelaki sampai anak lelaki tak reti nak buat apa2 di dapur. Bagi i tu mengada namanya... sampai nak buat minuman sendiri pun tak reti? lagipun tak kan jatuh air muka pun bila masuk ke dapur.

Lelaki yang pandai masak ramai kan..golongan tukang2 masak yang ada sijil, yang dah ke mana2 di dunia mempelajari masakan...dan melakukan kerja itu dengan baik. Boleh buat duit. Tiada siapa pandang hina pun.

Tapi, lelaki yang bukan tukang masak profesionnya, hanya seorang suami...terasa pulak bila si isteri dengan bangga menceritakan perihal suami yang pandai masak. Sedangkan si isteri tiada niat mempersenda atau menjatuhkan airmuka.

Adoiii..lelaki! Memang tugas rumahtangga tu kerja u tau...perempuan ni sepatutnya layan u aje..jangan la terasa hati bila isteri di rumah ada ketika tak berseri..penat.

Dan i perasan...lelaki ni kan, bila dia yang ke dapur, dia fikir dia orang gaji..habis, kalau perempuan ke dapur tu..orang gaji la ye? Ish!

1 comment:

  1. Untung kalau orang lelaki pandai memasak. Boleh bantu keluarga.. tolong2 mak @ isteri kat dapur. Ringan sikit kerja dapur..

    ReplyDelete