Nak citer sikit pasal Pulau Jerejak. i stay 4 hari 3 malam kat sana. Stay kat chalet.
Sebenarnya, i tak tau pun yang Pulau Jerejak ni ada resort: Jerejak Rainforest Resort. Dari jambatan Pulau Pinang boleh nampak pulau tu. Jeti ke pulau tu dekat dengan Queensbay. Resort tu dibuka dalam tahun 2003 lagi. Lama dah rupanya...
Ini jeti nak ke Pulau Jerejak. Cantik kan pemandangan dari jeti ni.
Ini tempat makan : Santapan namanya
Cantik juga pulau ni. Kat dinding dekat dengan lobi tercatat sejarah berkenaan pulau tu. Mengikut sejarahnya, memang pulau tu untuk menempatkan pesalah. Penjara tu berada di sebelah lain pulau. Penjara ditutup selepas berlaku kekacauan di sana. Masih ada lagi tapak penjara tu. Ada laluan untuk melawat ke tapak itu. I dengan beberapa orang kawan i melalui laluan itu konon nak sampai ke tapak penjara. Tapi sebab waktu tu dah lewat petang sangat, dah pukul 7 petang, so kami tak la pergi jauh sebab...ye la...malam tu malam Jumaat...laluan tu pulak hutan...hehehehe...Banyak rumah tinggal tau sepanjang jalan ke laluan tu....seram la jugak..
Ok. Resort tu sesuai untuk aktiviti lasak. Ada macam2 kemudahan disediakan. Masa i nak balik tu, ada sekumpulan pelajar sekolah dan juga staf Stadium Kedah beraktiviti riadah di sana.
Kat situ, ada spa juga. Ada mini library. I pinjam satu buku cerita dari sana. Belum pulangkan lagi...rasanya i kena poskan kot untuk pulangkan. Ada juga mini gymnasium...tepi hutan. Sempat gak i bersenam kat situ tapi sambil i berlari kat treadmill, mata melilau tengok keliling sebab...takutttt...sambil menepis nyamuk2 yang menyerang...
Ini jambatan gantung yang i agak jaraknya adalah dalam 100 meter. Kat bawah jambatan tu sungai.. Masa i lalu tu...takut jugak i..tapi sempat la berposing!
Memang tempat tu menarik tau...kalau ada sesiapa berminat, nak rehat tanpa gangguan, bolehlah ke Pulau Jerejak...
No comments:
Post a Comment