Dahsyatnya sekarang ini kan...di mana2 pun macam tak selamat. i kesian kat anak2 i. tiada kebebasan nak berbuat apa2 yang mereka rasa enjoy nak buat..bermain di taman pun susah i nak benarkan...dengan kes pencolekan yang acap kali kedengaran di media massa...aduhhh...
I teringat masa i kecik2 dulu, i memanjat pokok, bermain perang2 dengan kawan2 di kampung, malam2 pun masih boleh berjalan ke sana ke mari di kampung..selamat..
sekarang, depan mata pun masih tak selamat rasanya...apa nak jadi la dengan kehidupan sekarang ni ye..kenapa la ada manusia yang tak berhati perut?
Dulu, berita pembunuhan amat jarang kedengaran di sini, di Malaysia..sekarang ni..masyaAllah...anak bunuh mak, ayah; cucu bunuh nenek, datuk; suami bunuh isteri...aduhai...sedih, sedih...
Sungguh la dunia ini sudah menghampiri penghujung...Nyawa tidak lagi berharga. Tiada lagi belas ihsan, belas kasihan..penindasan berleluasa, jiwa tak tenteram kerana memikirkan ahli keluarga yang belum tentu selamat ditinggalkan di rumah. sedangkan kita percaya kepada jiran dan masyarakat sekeliling. macam mana ye ni?
Marilah kita sama2 berdoa untuk keselamatan semua yang kita sayangi...jaga diri semua...
No comments:
Post a Comment