Tuesday, 13 March 2012

Pakailah apapun

Janji sesuai, kita selesa, kita hepi

Ada orang kata, pakaian ini melambangkan peribadi. Kalau cantik pakaian, cantiklah peribadi. Betul ke? Pernah tak dengar kata2 ini: Dont judge the book by its cover? Cover lawa...content hancussss...ada jugak kan?

Jadi, bukan semua yang berpakaian cantik, mempunyai peribadi baik. Pakaian itu hanya sebagai perlambangan sahaja, menutup kelemahan dan keburukan atau boleh juga menambah kebaikan.

Tapi memang ada, bila perangai terlalu la buruk, pakai apapun nampak buruk juga. Orang ni boleh berpakaian lawa, sebab dia mampu begitu. Dan dengan pakaian itu, dia cuba membina keyakinan diri. Menutup kekurangan yang ada.

Ada juga, berpakaian kurang menyenangkan hati tetapi, perangai terpuji. Orang seperti ini, tak mampu nak bercantik2...dan rela menunjukkan apa yang ada, tanpa menjadi orang lain. Dan orang seperti ini mempunyai keyakinan tentang diri dan kebolehan dia.

I berpandangan, pakaian sebenar adalah sikap dan perangai kita. Jika elok sikap dan perangai kita, cantiklah kita di mata sesiapa pun...

So, jangan kita asyik memandang serong kepada sesiapapun...walaupun sipeminta sedekah atau orang kelihatan kurang siuman. Bayangkan juga apa orang lain fikir tentang kita...

Akhir sekali...pakailah apapun, asal tidak menyakitkan perasaan orang lain dan kita tahu siapa kita.

No comments:

Post a Comment