Tuesday 28 February 2012

Rimas la jugak..


i ada huby yang hensem dan baik TAPI.....

apa yang tapi tu?

Huby i tak percaya i atau terlalu sayang i atau tak de keje lain...bukan nak kutuk dia..cuma nak luahkan sikit rasa yang terpendam ni. Tak mahu tension...

Huby i ni, ke mana pun i pergi, mesti i jangan lupa report kat dia. Hari2 sebaik i park keter i kat depan ofis, i mesti..MESTI, call huby, report i dah sampai. Kalau i terlupa buat...aduhhhh...panas telinga i bila huby sound. Kalau dia call, i tak jawab..haru biru la jadinya...dia akan call i berulang kali dan pernah sampai lebih 20x tau dalam sesuatu masa. Last apabila i masih tak jawab call dia, i akan dapat pesanan ringkas yang buat jantung i terjatuh sekejap...kata2 yang pedas mengguris perasaan.

Biasanya i tak jawab calls dia sebab i dalam meeting atau ada la keje di tempat lain dan tertinggal telefon. Atau, telefon i dalam beg tangan, in silent mode.

Tengahari, dia akan call i...kalau bukan nombor mobile, nombor ofis...sampai semua ofis mate i dah tau dah...senyum2 dorang kat i.

Ada yang bgtau i...'untungnya u...huby u sayang giler kat u, caring!'. Ada yang kata pulak, 'ish! tak boring ke?'. Pagi, petang, malam...di mana pun i, i tak boleh, TAK BOLEH terlupa call dia. Dia prefer i call dari beri pesanan ringkas.

Ada ketika, i rimas....tapi apa kan daya...dia huby i...mungkin ini yang terbaik untuk i?
Dear huby, sorry...didnt mean to hurt your feelings, but i want you to know, i need some space please....

1 comment:

  1. sayang tu ok, sayang giler tu dah jadik controlling and abusive..not ok.

    ReplyDelete