Nape i nak cakap pasal 'influence' ni? Kita samada di'influence' atau meng'influence'. Pengaruh, mempengaruhi...samada berlaku secara sedar atau tidak sedar.
I sendiri tak tau yg i ni berbakat boleh 'influence' orang. Cuma i nak share ngan u citer ni.
Sebab i nak stay 'slim' (konon), i tak makan nasi..lama jugak la...since last year and the year before. Tapi ada la sesekali, once in a blue moon, i makan nasi. Nasi ni memang kegemaran i. Pi luar negara pun cari nasi. Cuma bila umur dah meningkat, dah bersenam robik, bergim, tapi berat masih tak berubah..i buat keputusan nak 'go without rice'.
Kawan2 rata2 tau i tak makan nasi. Bos i pun tau. Cuma, satu hari tu, bos i tetiba kata dia nak ikut cara i, tak mau makan nasi...mulai hari itu, dia tak makan nasi. Sedangkan i memang tau, bos i ni macam jugak la...kaki makan. Tak pernah nak tolak rezeki kata orang tu. Mula-mula dia buat, dia betul2 ikut apa yang i ambik. I tau sebab kami duduk semeja masa tu. Tapi sebelum tu, dia mencuba minum satu gelas besar, dalam 250 ml kot banyaknya, teh Herbal Life. So i fikir, dia kenyang minum teh.
Tapi rupanya, dia betul2 tak makan nasi. Dah dekat dua bulan. Kalau dia makan pun, memang sangat sedikit. Dia kata, dia tak pula rasa letih. Badan rasa lebih ringan.
Bos i memang la doktor nasihatkan supaya turunkan berat badan dia, sebab dia dah mula sakit2 lutut.
Sambil tu, dia mula ambik Herbal Life. Memang nampak perbezaan bos...
So...i telah 'influence' bos?
I pulak, bila tengok ramai kawan kat ofis ambik Herbal Life...terasa-rasa pulak nak join dorang. I suka nak minum teh aje. Tak payah la minuman protein tu. tapi setakat ini, belum terbeli la lagi...
Ini, i ter'influence' pulak...
So, kawan2...dalam hidup kita ni kan, tanpa kita sedari, kita boleh memberi kesan terhadap mereka yang mengenali kita. Nyata sekali, ahli keluarga sendiri, anak2. Kemudian, kawan2 juga. Kita tak tau, dalam senyap, perlakuan kita mempengaruhi orang lain. Kita sangka kita ni sebagai, 'siapa la aku...'.
Sebab itu, dalam agama kita, kita dinasihatkan berhati2 memilih kawan kan....cuma, janganlah terlalu memilih semata2 kerana kawan kita tu kurang harta, kurang lawa, kurang pandai dan sebagainya....kalau yang lebih cakap, lebih kaya dan sebagainya pun ada gak kesan buruknya...hanya yang perlu kita ingat, bijaklah berkawan....betul tak?
No comments:
Post a Comment