I tertarik la dengan satu citer I baca kat suratkhabar lebih kurang dua minggu lepas. Citer berkenaan seorang suami yang berhasrat untuk mendamaikan kedua2 isteri tapi berakhir dengan isteri pertama membelasah isteri kedua. Aduhhhhh....sakitnya dbelasah. Kesian isteri kedua...kesian isteri pertama...kesian si suami...
Apa yang I nak tulis ni mungkin akan menyakitkan hati ramai wanita tapi hakikatnya, inilah apa yang I fikir ...
Bukan semua wanita suka berkongsi tambah2 bab kasih sayang. Wanita hanya sanggup berkongsi kasih sayang dengan anak2 sahaja...tapi tak akan berminat berkongsi kasih dengan wanita lain. Dengan mak mertua pun rasa jeles...tapi, hak mak mertua terhadap anak lelaki so seharusnya wanita bergelar isteri tak perlu berasa jeles...itu kata I...orang lain tentu punya pandangan berbeza.
Pandangan I, tiada salah suami berkahwin lain...bagi I, ia memberi I sedikit ruang untuk diri I apabila suami berada bersama yang lain secara halal. Memang i fikir, mula2 tentu sukar menerima hakikat suami ada perempuan lain yang setaraf kita..isteri. I hanya ingin berlaku adil pada diri I sendiri..I perlu masa untuk diri I...jadi jalan terbaik, benarkan suami beristeri lagi. Hanya suami harus mengizinkan dan memberi ruang kepada I sebagaimana I memberi dia ruang dalam hidup dia.
Mungkin ramai berpandangan, 'ye la...dia belum kena...' Betul...i belum kena dan rasanya suami I tak kan beristeri lain pun. Cuma I memang dah beri dia lampu hijau. Hanya, I beri syarat pada dia, jika benar ada, berterus terang, kemudian, carilah isteri yang jauh lebih baik dari I dan apabila sudah berkahwin lain, tolonglah jangan menceritakan perihal dia dan isteri lain kepada I. Sebab I yakin, I akan jeles. Dan jangan ceritakan perihal masalah rumahtangga lain kerana I tak mahu kekusutan dia mengganggu I...itu aje.
Yang sebenar, apabila lelaki itu sedar tanggungjawab dia yang maha berat sebagai suami, I pasti, ramai yang berfikir 10x untuk beristeri lebih dari seorang. Dan bagi I, hanya lelaki-lelaki yang mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi serta mempunyai kemampuan (material, fizikal dan mental) layak berpoligami. Jika yang kurang berkemampuan tetapi masih berasa dia ada hak beristeri lebih, dia lelaki ego yang tidak sedar diri. Allah sahaja yang akan memberi balasan ketidak adilan.
Apa2pun...wanita harus mampu berdiri sendiri. Dan I yakin, wanita punya ketabahan jauh lebih tinggi dari lelaki...apapun keadaan, I yakin, wanita tidak kalah walau tertindas, jika tertindas.
Dan lelaki yang tidak cukup kemampuan tetapi mahukan hak beristeri lebih, bagi I, hanya menzalimi diri sendiri sahaja.
Itu kata I, pandangan I...
No comments:
Post a Comment