Saturday, 28 April 2012

Bonny - thanx!

You all mesti la tertanya-tanya kenapa la i berterima kasih kat Bonny tu. Mesti nak tau siapa Bonny kan?

I kenal Bonny kat tempat i p berbengkel baru-baru ni. Bengkel laaaaagiiiii...hehehehe...

Kalau i tak ikut ajakan kawan i yang teringin sangat tu, mesti i tak jumpa Bonny. I takut-takut juga nak terima ajakan kawan i tu. Tapi sebab i rasa macam boring sikit dan mahukan sesuatu yang luar dari kebiasaan, lalu i bagitau kawan i tu, 'ok, i ikut u!' I siap ajak kawan lain join our activity.

Jangan fikir bukan-bukan tau....i sebenarnya, ikut kawan i pergi menunggang kuda. Kami sama-sama tak pernah menunggang kuda. So, ini la peluang kami berdua untuk mencuba. Kami berdua ni adventurous la gak...hehehehe...kalau dah kami single mingle kan....

I dengan Bonny
Inilah i berposing dengan kuda bernama Bonny. A female horse. Sebelum menaiki kuda keluar dari tempat peliharaan kuda tu, kami diajar cara menunggang kuda, keseimbangan, kawalan kuda...selama 15 minit sekitar lapangan. Bila kami dah selesa, boleh dipercayai mengawal kuda, barulah kami di bawa keluar dari lapangan.

Trainer follow on foot. Kuda i, i kawal sendiri sebab Bonny ni a good horse. Cuma ada la masa bila dia tunduk nak makan pakis kat tepi jalan tu, i menjerit jugaklah sebab dah nak tertonggeng ikut kepala kuda...hahaha...


Seronok betul dapat menunggang kuda. I tak berasa sakit pinggang atau kaki mungkin sebab senaman aerobik membantu. Tapi satu yang pasti, i dah terminat la pulak nak join kelab berkuda...aduhhhhh...kena buat kira-kira bajet ni....








Thursday, 26 April 2012

Terbuka mata!

I ni selalu je mengantuk. kadang tak mengantuk, tapi menguap juga...nak kata kurang oksigen, bukan duduk kat tempat sempit...apa2pun i nak share sikit ngan you all pasal apa yang i pelajari baru2 ini...


okay..i berbengkel 2 hari baru- baru ni. Bukan g bengkel keter tau. Tempat bengkel tak jauh pun kat sekitar tempat i keje ni jugak. Bengkel apa tu? Bengkel TRIZ Methodology. Apa tu?


TRIZ adalah singkatan kepada:
Teriya Resheniya Izobreatatelskikh Zadatch

Terbelit lidah menyebut...hehehehe...ini bahasa Rusia ....dan diasaskan oleh seorang jurutera penganalisis paten industri , Mr Genrich Altshuller. Dia ambil masa lebih kurang 40 tahun untuk hasilkan TRIZ. Dan dipenjarakan kerana kebijaksanaan dia.

Dalam bahasa yang lagi senang nak faham: Theory of Inventive Problem Solving

Hadir dan mengikuti dua hari bengkel ini membuka mata i kepada cara baru menyelesaikan masalah. Sistematik dan tepat. Bukan la i nak citer banyak pasal TRIZ kat you all kat blog i ni. Boring plak nanti. Cuma yang i nak share. Banyak syarikat2 antarabangsa menggunakan kaedah TRIZ bagi membantu mereka menyelesaikan masalah..ala...ala2 CSI jugak la....i nak cuba kaedah ini dalam menyelesaikan masalah dalam kerja saya la...

kalau you all berminat nak tau banyak, boleh la ke laman web ini: www.mytriz.com.my

I nak mendaftar sebagai ahli dan i berhasrat nak jadi trainer untuk TRIZ methodology ni...insyaAllah..ni baru dapat sijil aras bawah ni.. 

Antara akal dan emosi

Sukar untuk melafazkan. Sukar untuk digambarkan. Itulah rasanya keluhan yang keluar dari jiwa i...

Ada perkara, senang untuk diluahkan.
Ada perkara, perlu dirahsiakan selamanya.
Ada ketika pengorbanan dikehendaki.
Ada masa merasakan...mungkin lebih baik jika dilepaskan sahaja...

Tapi dalam i berfikir, mungkin melepaskan adalah jalan terbaik, terlintas juga di kotak fikiran...rasa memerlukan. Sukarnya membuat keputusan. Jika hidup ini tiada pilihan, adakah lebih baik? Sedangkan akal diberi sempurna supaya manusia boleh berfikir dan membuat pilihan terbaik.

Logik fikiran ialah...lepaskanlah...
Logik hati dan emosi...teruskanlah...

Alangkah kerdilnya diri...bila berada di persimpangan akal dan emosi

Thursday, 19 April 2012

Calar laaaaaaagi! Aduhaiiiii!!!

Silap i la tu. Terlalu mengharap pada warning signal. Kan dah kena!!

Kena apa? Tu, keter i dah tercalar lagi hari ni. I tersinggul kan keter kawan i masa i nak reverse. Aduhhh...i rasa kan sebab hati i tengah jahat masa tu. Makanya..i dapat balasan kena keluar duit la jawabnya.

Rasa amat bersalah bila terpandang keter kawan i yang juga tercalar. Cepat2 i kol dia, bagitau dia yang i dah buat salah..terkejut dia. I dah minta maaf kat dia. Tapi of coz la, minta maaf je tak cukup kan. So i bgtau dia...dapatkan pandangan husband dia pas tu i pasrah aje la...ada RM nak terbangggg....

Sian keter i....

Ada sesapa tau kat mana boleh p hantar cat keter yang murah tapi bermutu?

Tuesday, 17 April 2012

Semangat keusahawanan

Pagi tadi masa i nak ke ofis, terserempak dengan 3 orang pelajar perempuan universiti yang masing-masingnya membawa makanan. Makanan yang nampak dibungkus cantik untuk dijual. Lalu i pun menegur mereka,  "itu untuk dijual ke?". Mereka mengiakan. Curious, i bertanya lagi, "siapa buat?". Mereka menjawab mereka yang buat. Dalam kepala i terlintas ni 'interesting...'. "U all tinggal di mana?" "Fasa 3". Hmmmm..duduk di luar..padan la... I tanya lagi, "Selalu habis tak?" "Habis", jawab mereka. Waaahhhh...ini sudah bagus!

Okay, apa i nak katakan ni?

I respek kat dorang ni kerana berdaya usaha untuk mendapat wang tambahan, berniaga. Bukan sorang dua yang i kenal melakukan ini. Ramai. My close friend Ella@K.Chik pun berniaga jugak. Masa bulan puasa la yang i perasan...selain tu, Ella juga turut kenalkan / promosikan barangan orang lain kat blog dia. Caya la Ella!!

Pas tu kawan aerobik i, Mardiana, berniaga juga....Herbal Life. Kerani kat ofis i pun berniaga jugak...Tupperware, jongkong emas...dasyat...Kat main office kat tingkat 17 ofis ni pun, ada je yang meletak makanan ringan, untuk sesiapa berhajat.

Masa i ke Kedah, pensyarah muda di sana yang i kenal, berjualan sandwich. Kata dia, banyak jugak dia dapat. Mahu jugak RM1K sekurang-kurangnya sebulan. Waaahhhhh...hebat sungguh mereka ini.

I teringin jugak. Tapi...

Bila dah tapi tu susah lah kannnn...hehehehe....

She's 17th!

Soon my dear daughters will leave me. Possibly all of them. 5 of them. And i'll be having 5 great son-in-laws insyaAllah, with His permission.

Last week was Fatihah's birthday (11th April 1995). She was born in Queen Mother's Hospital, Glasgow. I delivered her just a week before my final examination. And soon after the delivery, i started studying for the exam. And i remembered, i had to stay at the university almost 3/4 day simply because i had to do some practical examination. But she grew so well and healthy. Alhamdulillah. And now, she is a 17 year old girl.


Fatihah was the smallest baby compared to the others. And she is also the quietest amongst the rest of her sibling. And she has been such a clever girl. I am proud of her. And she wants to become a doctor. I pray that she will achieve her ambition. And i will of course be the proud mother of a Doctor Nurul Fatihah, a doctor in the house!

Birthday Bash!

Hari Jumaat lepas, ofis i buat sambutan harijadi untuk staf jabatan dari Jan - April 2012. Di samping tu, majlis yang sama tu untuk meraikan individu yang join ofis kami dan juga mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada yang meninggalkan ofis.

Seronok juga bila ada sambutan cam tu...seperti dihargai gitu...

Hehehe..nak sebut gadis tak boleh..tapi begitulah...wanita dan belon? Bila habis aje majlis, i dengan kawan2 yang ada anak2 kecil, mula mengutip belon. Untuk anak2 di rumah. Kamalia, baby i tu,cukup suka main belon.

Sempat gak bergaya dengan belon.



Menayangkan hadiah. Semua orang dapat hadiah yang sama. Jadilahhh...


So hari itu, i kekenyangan belasah mihun soto, serawa durian, rojak, cendol, kek, pulut...aduhhhh...habis semua azam berdiet!

Monday, 9 April 2012

Be thankful!

As i was travelling home last night from the aerobic session, this thought crossed my mind: would it be nice if i were a bit more sociable and unafraid of doing things when i was young?

There is this enviousness in me to many young women of this age. They experience some freedom and seem to be enjoying their young age more than what i once had. I thought, i should have enjoyed myself as much so that i experienced more as "you are only young once".

I wish i had done that and this...

Now at this age, wanting to do many things as the youngs are doing look ludicrous and ridiculous. Perhaps, still not too late for some like going out with friends, karaokeing, exercising, movie, shopping...

This is me talking as a working woman. What about my friends who are housewives and relying on husband for some money. What are their feelings? Do they feel like i do? Or perhaps, they had already enjoyed their young life to the fullest, they are now content being at home and family women? i envy them too because, they are simple minded and never thought more than beyond imagination...

What ever...i must always remind myself: be thank ful!!!

Ajek Hassan


Nape i nak tulis pasal dia ni pulak? Ni tengah gila dengar lagu2 yang dia nyanyi. Ada kawan kenalkan i pada dia...bagi i lagu yang dia nyanyi. I pun cari dia kat You Tube. Terus je i jatuh hati. Hehehehehe...

Suara dia best. Kalau you all tak pernah dengar, cuba la masuk ke You Tube dan cari Ajek Hassan. Macam2 lagu dia nyanyi. Hari ni dari pagi, i dok pasang lagu dia. Bukan apa, suara dia memang best pada pandangan i. Macam2 lagu dia boleh bawa...Kalau lagu dia sendiri..lagi best kot!

Tak percaya cuba la you all cari dia kat You Tube...tak rugi tau!

Ni FB dia: http://www.facebook.com/ajekhassanofficial. Tapi i pun tak masuk ke sini, just kat You Tube jer...

Tuesday, 3 April 2012

Aduhhh...terpanah petir!!!

Itu la yang i terasa bila baca laporan dan juga peringatan yang diberi dalam laporan dari jabatan tersebut:

NO WORK IS SO URGENT THAT WE CANNOT TAKE THE TIME TO DO IT SAFELY

Ditulis dalam warna merah lagi.

Bukan apa, i terus teringat kepada sikap i atas jalanraya tu....memanjang nak cepat. I drive laju. Sebab bagi i, tak suka nak spend time atas jalan raya lama2. Suami tahu i drive laju dan kerap juga sindir i. Sebab tu juga bila ke mana2 bersama2, suami tak benarkan i yang memandu biarpun dia keletihan atau mengantuk.

Setiap kali i nak mulakan perjalanan ke tempat kerja, pasti suami akan mengingatkan supaya jangan kelam kabut bawa kereta, hati2, jalan licin dan sebagainya. Tapi tu la...bila i dah masuk highway tu, terus je i tekan minyak...seronok pandu laju. Selalu juga i tersenyum sendiri bila tiba di kawasan yang memang selalu je trafik sesak, dalam hati i berkata, 'sama juga keadaan bila pandu laju atau ikut hadlaju yang ditetapkan, sampai sini, sangkut gak...entah2 keter yang perlahan pun dah sampai sama kat sini'.

Bila i pandu laju, memang dalam kepala terlintas macam2 kemungkinan yang boleh berlaku...yang kesannya tentu saja sangat menyakitkan....aduhai..bertaubat la Rozzana...

Lagi satu i terpanah petir bila adik ipar bercerita pasal suami dia (adik i la tu...) yang masih juga memandu laju walaupun di hujung minggu dan berjalan untuk santai....Adik ipar i mengingatkan suami dia: rileks la...apa nak dikejarkan..bukan hari bekerja... Tu sama la macam ingatkan kakak ipar dia juga...hehehehe...

So mulai hari ini, i mesti ingatkan diri i: no work is soooooo urgent that i cannot take the time to do it safely!

Monday, 2 April 2012

FM dan KC

Ni la hobi i yang terbaru. Mengumpul fridge magnets (FM) dan keychains (KC). Alhamdulillah...ada la sikit2 dah dalam koleksi i. Mula-mula i terminat nak kumpul FM ialah apabila seorang kenalan beritahu i dia ada lebih 120 FM mewakili 120 negara di dunia. Kata kenalan tadi, penuh dah fridge dia dengan FM ni. Pas tu dia hantar kat i beberapa dari Thailand, Arab Saudi dan Vietnam. Bermula dari situlah, i tertarik. So sekarang ni kat whiteboard kat ofis i dah ada FM dari: Indonesia, Germany, Italy, Mauritius, England, Turki, Singapore, Thailand, Vietnam dan Arab Saudi. Ada satu dari Switzerland i belum ambil dari kawan yang tolong dapatkan dari sana. Yang best kalau i pergi beli sendiri tapi ini kira ok la...

KC pulak, lama dah i mula kumpul. Bila kawan2 yang pergi bercuti belikan cenderahati berupa KC, i sangkut je la kat mini softboard kat ofis i. Belum banyak lagi...yang ada setakat ni dari New York, Germany, Korea, Bandung, Chulalongkorn, Perth, London dan beberapa lain dari sekitar Malaysia sendiri.

Nah! Cuba tengok koleksi i ni...



Selain yang FM dan KC, i juga suka buku....jom tukar suka sama suka!




Belajarlah berkasut tinggi

Ni kisah i menggalakkan anak dara i supaya berkasut tinggi...belajar menggunakan kasut tinggi. I tak mahu la anak i jadi macam i, dah beranak pinak baru la nak bergaya...baru nak berjalan macam model (hehehehe...macam terlambat sudaaa..)

So, singgah lah kat satu kedai kasut. I cuba-cuba kasut. Anak dara i pun cuba juga. Akhirnya i terkenankan sepasang kasut ranggi setinggi 2 inci untuk anak i pakai. I suruh dia cuba dan komen cara dia jalan. Suami i pun berkenan kat kasut tu. So, ibu dan ayah dah setuju...anak i la plak ragu2..kata dia takut la...takut tak elok. I tetap galakkan dia belajar pakai kasut tinggi tu...siap belikan lagi.

I tengok ramai anak2 dara di peringkat universiti, masih belajar, senang berselipar ke kuliah atau berjalan ke mana2. Bagi i kan, berkasut lebih baik dan menunjukkan imej baik sebagai pelajar IPT. Kalaupun tak bertumit tinggi, memadai memakai kasut yang sempurna...bukan selipar. Sungguhpun selipar2 sekarang telah kelihatan ranggi...tetap juga itu adalah selipar!

Hai....muda bukan kekal selamanya...masa ni la kalau nak bergaya sakan pun. Itu lah yang i nak anak2 dara i yang 5 orang tu jadi bagus selain dalam akademik, pandai jaga diri, berpenampilan menarik dan pandai juga bawa diri.

Ada orang pandang remeh pasal berkasut ni...tapi kalau pakaian lawa, tengok kaki hanya berkasut leper...alahai....pandangan i..ada sesuatu yang kurang...

Ala...tak payahlah tinggi2 macam model tu...setakat 1 1/2 ke 3 inci...okey la...tambah gak la ketinggian tu...especially macam i yang hanya 150 cm aje...

Sunday, 1 April 2012

Makanan sedap...makanan basi

Hari Sabtu lepas, dapat jemputan makan kenduri di Kesang Laut Muar...anak buah bertandang ke sana. Apa yang i nak citer kat sini ialah...makanan yang dihidang, aduhaiii..sedap sungguh. Udang segar2..ikan pun rasa sungguh segar, manis. Memang puas hati...sungguh puas hati. Nasi minyak pun sedap. Alhamdulillah..memang rasa berbaloi berjalan jauh...walaupun niat nak memenuhi pelawaan kakak ipar, tetapi bila dapat makanan yang sedap, tambah sedang lapar...memang rasa sangat gembira dan puas hati.

Tapi, i terasa juga malu pada pihak pengantin lelaki sebab semasa mereka berkunjung ke rumah pengantin perempuan, layanan tak seberapa, makanan punnnn basi... Kesian i kat kakak ipar. Mengharap caterer untuk service terbaik. Tapi dapat caterer yang kurang baik pulak. Tak jaga perasaan customer. Memalukan customer. Kalau dah makanan rosak, usaha lah gantikan dengan yang elok..tetapi terus juga dihidang makanan busuk, basi... Habis para tetamu sakit perut, cirit-birit. Tentu saja la tetamu mengata2 di belakang...aduhhh...

I teringat diri i sendiri yang ada ramai anak ni. Jika panjang umur, sempat menyaksikan anak-anak berkahwin, mungkinkah akan berlaku perkara buruk sebegini? Takut...

I berharap la, para caterer ni lebih perihatin dan simpati pada tuan rumah, yang membayar bukan sedikit tetapi beribu-ribu utk mengupah memasak dan menghidang makanan. Dengan hasrat, nak mudah...bagaimana la perasaan jika majlis sendiri jadi begini, makanan busuk, basi atau tak cukup?

Mudah2an perkara begini tak berlaku pada i...7 kenduri tu...hehehehe...