Okay...jangan marah semua...itu bukan kata-kata i. I dapat petikan kata-kata itu dari sebuah buku sebenarnya. Kata-kata itu datang dari seorang blogger, Lisa Williams namanya. I tertarik nak share dengan you all, itu aje.
Rata-rata blog yang i pernah baca, memang memaparkan pengalaman atau perkara-perkara kepunyaan sendiri sahaja. Tetapi, ada juga blog yang mengulas cerita hangat dan sensasi atau berkongsi berita hangat dan sensasi di blog masing-masing. Asalkan bertanggung jawab ke atas cerita yang diblogkan, ok la kan.
I berblog ini sekadar berkongsi pengalaman. Jika baik dan menarik, jemputlah baca. Jika rasa apa yang dipaparkan dalam blog i ni, tak ada makna apa-apa, tak payah la baca. Boleh aje, ignore.
Bagi yang sudi menjengah ke sini, terima kasih awak. Yang belum sampai ke sini, of course tak baca ucapan ini. Apa-apa pun...terima kasih sekali lagi.
Selamat berblog dan selamat membaca...!
No comments:
Post a Comment