Pernah tak antara you all yang cuba berdiet? Diet menahan diri dari makan sesuka hati ikut nafsu, ikut selera? Diet sebab nak kecilkan saiz badan? Diet sebab nak nampak comel? Kalau yang memang sedia kala slim tu, syukurlah ye. Tapi kalau yang rasa diri macam dah membesar horizontal tu...aduhai...
Suatu ketika dulu, seorang teman pernah beritahu i,'Nanti bila umur you dah mencapai 40 tahun, you kena jaga badan...jaga makan...masa tu, cepat je badan you akan mengembang tau!'
Masa kawan i beritahu i tu, umur i masih dalam 5 tahun nak sampai umur 40. Masa tu, i belasah je makan apa sahaja. McD pun i pesan double cheese burger. Huh! Masa tu memang tak terfikir badan akan mengembang...Kemudian seorang teman pula menasihatkan, 'Rozzana, you jangan asyik pakai baju kurung aje. Nanti you tak perasan you dah kembang...'
Bagus kan peringatan teman2 i tu?
Sekarang ni, macam2 i cuba buat untuk mengecilkan apa yang nampak macam besar...aduhhh...perit you. Selain bersenam, i jaga makan. I pernah tak makan nasi setahun. Memang turun sikit berat i especially part abdomen. Yang sebenar, kalau you all search di internet pasal diet ni, ada macam2 cara pemakanan yang nampak patut diikuti. Tapi you akan perasan juga, makanan yang dicadangkan kebanyakannya menyebabkan you akan berbelanja lebih. Kalau biasa you belanja RM10.00 untuk makan (contoh aje...) tapi apabila berdiet, you mungkin akan tambah nilai menjadi RM15.00. Extra RM5.00 sebab RM5.00 tu hanya untuk cover makanan you. Sedangkan yang RM10.00 tu masih juga you kena belanja sebab itu makanan yang ahli keluarga tetap akan makan hari2. Betul tak?
Cuba you tengok buah2an yang disarankan...harganya agak mahal kan? Contohnya, buah kiwi, buah epal, avocado dsb. Kalau bukan di pasar malam, harga epal di supermart, boleh jadi RM1.00 sebiji. Kena makan at least 3 biji sehari, dah RM3.00. Pas tu, roti wholegrain...sayur2an hijau, kekacang...harga setiap satu agak mahal. Tambah2 sekarang ini, memang banyak bahan mentah mahal....ikan dah jadi lebih mahal dari daging ayam.
Di pasaran, banyak bahan berbentuk minuman atau campuran untuk minuman yang semuanya konon boleh membantu melangsingkan badan. Huh! I cuba juga satu jenama tu...berkesan untuk jangka masa pendek sahaja. Bila badan dah serasi...tak ada kesan dah. Pulak jenama tu sebarkan ajaran,'tak perlu bersenam, tak perlu berdiet...' Amboi! Seronok gitu kan?
Realitinya, jika hendak kecilkan badan, kena jaga makan dan kena bersenam. Baru la bentuk tubuh nampak baik. Kulit jadi lebih cantik sebab aliran darah yang bagus. Otot2 dan lemak tersebar baik dalam tubuh. Badan jadi cergas. Otak jadi segar.
Apa2pun...i masih lagi berusaha untuk jadi lebih langsing dari sekarang. Memang its a battle, sebab dengan natural biological effect, kadar metabolisme menurun dengan umur, so...kena selalu aktifkan diri...sesuatu yang ada ketika sukar nak dibuat kerana keletihan bekerja.
Anyway, you all...ayuh! Jangan kita berputus asa ye...
No comments:
Post a Comment