Kami bertolak dari Jeti Syahbandar Kuala Terengganu dalam pukul 2.30 petang. Kami menaiki bot yang berhawa dingin (sikit sama macam feri ke Pulau Langkawi - tapi kecil lagi saiznya). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam untuk sampai ke Pulau Redang. Dalam tahun 1988 dulu, i ke sana menaiki bot nelayan dan ambil masa hampir 3 jam untuk tiba di Pulau Redang. Berbeza betul...dulu dan sekarang...masa dan jarak sudah didekatkan.
Kami stay di Redang Holiday Beach Villa. Secara package, bayaran stay semalam adalah RM300. Food kat sini, boleh tahan sedap. Cuma, pekerja kat sini hampir semuanya bukan berbangsa Melayu. Eh! Silap! Yang jadi Baywatch guys...anak2 tempatan. Mereka ni of course, mahir berenang dan menyelam.
Setiba di sana, macam biasa la...ada la sedikit briefing, kena daftar masuk bilik. I sebilik dengan 3 lagi rakan sekepala dengan i...geng gurau. Kami tinggal dalam chalet yang ada 3 buah double bed, 2 di tingkat bawah dan 1 di tingkat atas...Kemudahan asas yang ada, satu bilik mandi, satu tandas berasing dari bilik mandi, ada kipas angin (tingkat atas), 1 unit penghawa dingin, satu meja solek, 2 meja tambahan, pemanas air, peti sejuk kecil. Macam hotel lain, ada la sabun dan shampoo saiz super mini disediakan. Oh ye...towel pun ada juga.
Package stay sana selain disediakan makan pagi, tengahari, minum petang dan makan malam, termasuk juga snorkeling. Cuma, kena sewa jaket dan alatan snorkle (RM30).
Aktiviti biasa team building...menguji semangat setiakawan, kebijaksanaan mengatur masa dan menguji minda. Sempat juga kami bermain beach volleyball...i siap termakan pasir lagi...hehehe...
Selama ini, bila i ke pantai, memang i tak mahu bermain air tetapi di sini, i bermain air sakan. Hari2 basah pakaian. Kalau biasa i suka travel light, pada kali ini, heavy sedikit beg i walaupun saiz tetap sama...siap bawa kasut sukan dan selipar lagi.
Pada malam hari kedua, kami menyewa bot untuk candat sotong. pukul 10.30 malam baru kami bertolak. I tell you, kalau you all mudah mabuk laut, tak payah lah berangan nak candat sotong. Alunan ombak ke atas bot memang boleh buat sesiapa jadi lembik lutut. Alhamdulillah...i tahan. Bukan mudah mencandat sotong ni. Walaupun mata candat tu banyak pada satu line (tali pancing) tapi bukan semua mata sangkut oleh sotong. Kami hanya dapat 3 ekor sotong aje. Itupun seekor aje yang ahli rombongan kami dapat, 2 ekor lagi juragan kapal yang dapat. Semua yang ikut rombongan mabuk laut baik lelaki atau perempuan. I aje okay...huhuhu...dan 2, 3 orang lagi. Selepas dapat 3 ekor sotong, kami bosan dan minta dihantar balik. Aduhhhh...itulah harga sotong termahal tau...3 ekor sotong bernilai 24 orang x RM90/orang! Kira la...
Masa sotong tu baru diangkat dari tali candat tu, warnanya jernih tau. Selepas dah mati, 5 minit kemudian barulah rupa sama macam yang kat dalam gambar kat atas tu.
Sesampai je di chalet, selepas konon2 mencandat sotong, i cuci kaki terus tidur.....tidur yang terganggu kerana i batuk2...
No comments:
Post a Comment