I nak cerita sikit pasal anak i Fatin (sori ye Fatin...tapi ibu bangga dengan Fatin). Fatin ni anak sulung i. Masa dia kecil, dia agak lambat nak pandai akan sesuatu. I ingat lagi, i masukkan dia ke sekolah tadika masa umur dia lima tahun jadi, 2 tahun la Fatin bersekolah tadika. Tapi, bila Fatin di tahun 1, Fatin masih tak boleh membaca. Sehinggalah i sendiri mengajar Fatin membaca. Kasihan Fatin...
Berbanding dengan Fatihah, Fatin memang tak pernah naik ke pentas menerima sebarang hadiah kecemerlangan. Keputusan peperiksaan Fatin selalu biasa2 sahaja. She is a mediocre...just like me. Although i must say, i was almost always among top ten. Masa dulu la...
Sekarang ni Fatin is doing so well in her studies. She works very hard every time. Kecemerlangan akademik Fatin terserlah apabila Fatin di universiti. Setiap hujung semester, Fatin dianugerahkan dengan sijil Anugerah Dekan selama dia belajar dan menamatkan pengajian diplomanya. Dan insyaAllah, konvokesyen nanti, Fatin akan dianugerahkan dengan Anugerah Naib Canselor. Syukur sangat atas usaha Fatin yang menghasilkan sesuatu yang bernilai buat dirinya dan akan menjadi cerita buat anak2 dan cucunya kelak.
Sekarang Fatin sedang meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan bercita-cita mencapai ke peringkat tertinggi sehingga kedoktoran. I suka dengan cita2 dan kemahuannya. I lihat perubahan yang baik dari Fatin. InsyaAllah, i yakin Fatin akan terus berjaya. Dan i kagum dengan sikap ingin berjaya Fatin. Hampir setiap malam dia akan menumpukan perhatian kepada kursus yang perlu dipelajari terutama apabila menjelang ada aktiviti penilaian. Walaupun penilaian bukan diadakan pada esok harinya.
Alhamdulillahhhh...
Pengajaran yang i nampak di sini ialah, (malahan banyak lagi bukti) bahawa kecemerlangan akademik bukan semuanya bermula dari kecil. Ada yang berlaku lewat. Dan yang cerdik semasa kecil, belum menjadi bukti kecemerlangan berterusan. Oleh itu, i rasa, kita harus selalu beri peluang kepada anak2 kita untuk menunjukkan kebolehan mereka dan sentiasa beri galakkan agar mereka selalu berusaha ke arah kecemerlangan. tetapi bukan dengan cara paksaan.
(Tetapi semasa Fatin tidak pandai membaca, i memang memaksa dia belajar membaca sehingga dia boleh mengeja dan membaca satu ayat sahaja. Dalam masa seminggu sahaja, fatin sudah beralih membaca ayat2 dalam Bahasa Inggeris pula. Berkat paksaan i.)
No comments:
Post a Comment