Sunday, 14 August 2016

Syukur Alhamdulillah


Assalamualaikum...

Pagi tadi (15/8/2016) Ana telah sekali lagi berkunjung ke Klinik Kesihatan Sg Buloh. Hari Rabu minggu sebelum ini, Ana dan empat anak pergi ke klinik yang sama untuk diuji dengan ujian tuberculin dan untuk buat chest X-ray. Hari Sabtu ke Hospital Sg Buloh untuk diukur kesan suntikan tuberculin. So hari ini, baru berjumpa doktor perubatan untuk dapatkan keputusan sebenar ujian. Alhamdulillah, Ana dan Fatihah are both cleared from being infected by tubeculosis bacteria. 

Anak yang tiga lagi, hari Sabtu nanti baru bawa pergi berjumpa doktor sebab mereka semua bersekolah. InshaaAllah mereka pun akan get declared, ok sebab, tiada langsung kesan suntikan tuberculin dilihat pada lengan mereka. Imej X-ray pun nampak clear je, tiada tompokan pada ruang paru-paru...chewahhh...Ana pulak yang buat keputusan. Hehehe..

Anak yang terjangkit kuman tu pun nampaknya dah semakin pulih...dah mula bekerja semula hari ini. Kesian dia...dua minggu kena pakai mask sepanjang hari di rumah. Juga tidak dibenarkan ke luar bilik melainkan jika perlu. Sekarang dah boleh bersama2 menonton tv and makan bersama di meja makan.

Mudah2an kami semua terus sihat sejahtera. Aamiin..

Friday, 12 August 2016

Tahniah my daughter!

Pagi2 lagi my daughter dh bagi good news. Setiap kali pun bila results exam nak keluar mesti Ana dengan dia ada sikit argument...ala..biasa2 aje...Ana kata dah boleh check results, nanti dia balas balik kata, belum bolehhh...

As of the previous times, she will always say, 'Takutttt...takut fail...!' And everytime Ana mesti respond by saying, 'It is okay. All was done. So tawakkal aje la. Don't worry.'

Every semester, she will always told people at home particularly me and her ayah, 'ada satu kursus tu, susahhh...dh study dh tapi tak faham2...'. Macam tu la setiap kali. Without fail. Last semester she was concerned of her Arabic lesson, but she managed an A-. The previous semester, it was a course in accounting and scored A, this time pulak, something to do with pure mathematics. Her score is not that good but she did not fail the course. The night before she was telling me,'Ibu, takut kena repeat kursus tu. Susah giler...'. Anyway, alhamdulillah she did pretty well for something she was so worried about. A B-...a first B- since she started her bachelor degree programme. Ok la tu kot. Ibu dia pun never that smart. Hehehehe...

So Fatihah, congratulations for once again you manage to be among the Dean's List Achiever and your CGPA even though dropped by almost 0.3 points, still a good CGPA score. Just that, you have to work harder for the coming semester...no time to procrastinate, no time to fool around catching pokemon!

Laaa...kita kena bayar juga ke?

Cuba tengok ni:

Ana baru tau rupanya bila kita guna perkhidmatan pos laju, kita kena bayar kos fuel dan handling. On top of that, caj GST juga.

Sebelum ni pernah juga gunakan perkhidmatan ini. Cuma tak pernah perasan. Bila diminta bayaran, bayar sahaja tanpa semak bayaran tu untuk apa.

Entah2 Ana je yang macam ni, tak tau. Bukan perkara baharu. Ana la Ana...len kali bila bayar apa2 tu, cek ler...

Tu tengok tu, ada rounding adjustment lagi. Kalau seorang pelanggan macam Ana ni dikenakan 0.02 sen, kalau 10 orang dah 20 sen kan?

Rasanya la, ada baiknya diadakan semula syiling 1 sen. Nampak macam tak ada value tapi sebenarnya, ia ada value.

Masa kecik2 dulu, Ana selalu je kutip duit 1 sen ni. Cukupkan 5 sen untuk beli ais krim.

Malahan, duit 1 sen ni masa masih digunakan, Ana tetap simpan dalam tabung dan bila nak masukkan dalam akaun tabungan, kira sekali setiap sen yang ada.

Apa pandangan kawan2?

Thursday, 11 August 2016

Jom guna lemon!


Entri Ana kali ini ialah pasal buah lemon.
Semua orang tau kot rasanya yang masam (kecur dah air liur..hehehe). Kenapa nak cerita pasal buah ni pulak?

Sebenarnya Ana suka buah2 citrus ni. Lemon ni menarik sebab warnanya yang vibrant tu. Dan ada banyak kot kegunaannya. Kalau kita ikuti rancangan memasak mat dan minah saleh terutama program Giada at home, mesti nampak macam mana hampir setiap masakan dia guna perahan lemon.

Ana pulak, baru nak belajar2 gunakan lemon ni untuk tujuan selain masakan. Kalau kita tengok kat Youtube, antara bahan minuman detox termasuklah perahan lemon. Katanya dapat mengempiskan perut. Tu yang Ana sedang sibuk mencuba ni. Tiap2 hari Ana buat satu botol air lemon tanpa gula. Boh sekali dengan hirisan lemon tu. Memang la ada rasa pahit2 selain rasa masam. Ana belum boleh bagi testimoni sebab baru dalam 1 bulan mencuba.

Lepas perah jusnya, Ana guna pulak hirisan yang masih ada saki baki jus dalamnya untuk cuci bawah lengan. Rasanya macam ada kesan. Tak perlukan deodoran dah.

Sebenarnya masa kecik2 dulu, arwah mak memang ajar basuh bawah lengan guna limau nipis. Basuh kulit kepala guna limau purut. Tapi Ana tak pernah amalkan.

Pas tu baru2 ni seorang kawan yang Ana jeles tengok kulit muka dia yang cerah dan gebu, berkongsi tip. Kata dia, dia cuci muka dia sekurang-kurang sekali seminggu dengan perahan limau dan gula. Tu yang nak cuba tu...tapi Ana guna lemon dan madu. Rasa macam ada beza la...

Cumanya...lemon ni mahal harganya. Sebiji pun dah dekat RM2. Kalau beli pencuci muka yang biasa2 tu, RM5 tahan kot sebulan...Tak pe, tak pe...nanti bila kesan dah rasa betul2, Ana bagitau ye.

Happy reading...

Wednesday, 10 August 2016

Semangat ooo semangat, bila nak mai?

Semenjak dua menjak ni, entah kenapa, semangat bekerja dah menipis sangat. Dah tak beriye2 bekerja macam beberapa tahun yang lalu. Mungkinkah faktor usia?

Teruk betul kan nak salahkan usia la pulak...ramai lagi yang semakin berusia semakin galak berusaha. Nak kata nak pencen dah...lama lagi masa nak pencen.

Rasanya...Ana dah very badly burnt out la. Lagi pula apabila diuji dengan macam2 perkara.

Berapa banyak inspirational quotes yang Ana baca dan faham dan setuju. Tapi...

Satu yang Ana feel really glad adalah, akhirnya, Ana berjaya juga menghantar permohonan yang tertangguh hampir 10 tahun. Tertangguh akibat kekurangan itu dan ini, tidak berkesempatan dan macam2 lagi la. Pasal tu la Ana tak jeles kepada yang dah berjaya dengan permohonan masing2.

Kata orang, tuah ayam jantan nampak di kaki...mana lah tahu...ada rezeki Ana pulak tahun ini. Allah permudahkan la segala usaha.

Sementara itu, Allah...kembalikan la semangat dan ketekunan Ana untuk bekerja bersungguh2 demi menggalas amanah mu ya Allah...Aamiin

Tuesday, 9 August 2016

Lawatan ke Pusat Kesihatan Meru

Lawatan? Ye la kot lawatan...

Sebenarnya Ana bawa anak2 untuk buat ujian TB kat Pusat Kesihatan Meru. First time jejak kaki ke sana. Mulanya singgah di Klinik 1Malaysia. Ana dimaklumkan, kat situ mereka tidak sediakan ujian yang berkaitan. So bergegas la Ana ke Meru. Alaaa...tak jauh mana pun. Kurang 20 minit dah sampai.

Dah lama sebenarnya Ana tak pergi ke mana2 klinik kerajaan. Ada la dalam 9 tahun lamanya. Last pergi bila bawa Kamalia untuk suntikan berkala kanak2. Jam pada waktu Ana sampai di sana adalah pukul 3.30 petang. Punya la ramai pesakit luar...

Ana nak cerita sikit kot pasal Pusat Kesihatan ini. Keadaannya bagi Ana menyedihkan dan perlu perhatian pihak yang bertanggungjawab : Pejabat Kesihatan Daerah dan Pegawai Perubatan Daerah khasnya.

Punya la sempit ruangan Pusat Kesihatan ini. Bahagian pendaftaran yang sepatutnya yang pertama kita jumpa, kedudukannya pula di bahagian dalam. Sistem panggilan bernombor...bagus dah tu. Dua orang staff nurse dan seorang RN berkhidmat di meja hadapan bagi mendapatkan maklumat asas pesakit untuk keperluan rujukan pegawai perubatan. Ada 3 buah bilik konsultansi / rawatan. Sebuah berada di belakang kedudukan staff nurse dan RN. Dua buah lagi bersebelahan kaunter pendaftaran. Kaunter penerimaan ubat pula bersebelahan dengan bilik rawatan / konsultansi. Tiada ruang pemisah antara pesakit yang menunggu giliran berjumpa staff nurse dengan yang menunggu giliran berjumpa pegawai perubatan dengan yang sedang menunggu giliran mendapat ubat. Ana yang first time di sana, konfius bila dengar nombor giliran dipanggil pada sistem pembesar suara. Sebab, samada panggilan untuk berjumpa pegawai perubatan atau ke kaunter ubat?

Apabila nombor Ana dipanggil bersekali dengan nombor anak, we were ok. Glad to be called together. Will make it easier to explain my need to see the medical officer. Anak Ana nak minta nasihat jika ada keperluan menukar ubat sebab ada klausa dalam kad rawatan untuk berjumpa doktor jika ubat yang diambil menunjukkan kesan tertentu.

Bila masuk je ke dalam bilik konsultansi, masyaAllah, crowded nya. Ana ingat Ana tersalah masuk bilik kot. Dalam tu dah ada empat orang manusia. Ana tak perasan yang mana pegawai perubatan di dalam bilik tu. Hehehehe...kasihan pegawai perubatan, boleh Ana tak perasan kedua2nya. Ana dh paling muka keluar dari bilik untuk semak betul ke ni, bila pegawai perubatan panggil nombor pendaftaran Ana.

Allah...pathetic nya keadaan. Satu meja kecil dikongsi oleh dua orang pegawai perubatan. Meja kerani kat ofis Ana pun lagi besar kot dari meja dalam bilik rawatan tu. Bayangkan meja sebesar meja guru dalam kelas di sekolah. Dikongsi oleh dua orang. Adoiii...sempitnya. Terasa macam sardin pulak.

Yang paling tak puas hati...tiada privacy langsung. Setakat Ana tahu, perbualan atau sesi konsultansi atau rawatan di antara seorang pegawai perubatan dengan pesakit adalah sesi P and C kot. Sebab tu kalau nak guna maklumat pesakit dalam kajian mesti mendapat kelulusan mesyuarat etika. Tapi keadaan dalam bilik rawatan / konsultansi di Pusat Kesihatan Meru...tiada privacy. Apa yang ditanya dan dimaklum oleh pegawai perubatan A kepada pesakit A, boleh didengar oleh pegawai perubatan B dan pesakit B. Eh! Ini salah dah dari segi etika dan profesionalisme.

Bukan sahaja Ana dengan anak sahaja ada dalam bilik masa tu, ada lagi seorang pesakit duduk dalam tu menunggu. Allah...macam mana pesakit lain boleh duduk kat dalam tu?

Pegawai perubatan yang bertugas pulak...aduhhh...kalau bukan sebab Ana memahami keadaan, mahu aje Ana tempelak. I have to repeat my explanation for coming to see him almost three times before he understood. Ana berbahasa Melayu kot. Lain la cakap BI yang mungkin tunggang langgang. And then for a disease which is contagious in its nature, Ana kena ada surat pulak untuk kena test. Apa ni? Nobody wants to be tested for anything unless necessary la doc. you know that. So, what was the hassle of asking 'ada surat?'

Ana memang totally disagree with the condition at Pusat Kesihatan Meru. Maybe I could email to Pejabat Kesihatan Daerah kot? Working environment tak conducive langsung. P and C pesakit terabai. Kasihan kepada rakyat marhaen ni wei...

Aduhai Pegawai Perubatan Daerah...sila la jenguk2 keadaan di Pusat Kesihatan Meru...sila la upgrade bangunan...Boleh ke capai status negara maju kalau macam ni perkhidmatan yang disediakan?

The meaning of Da'wah

Lately i love to listen to words of wisdom or talk about Islam, about how people discover themselves and become a better Moslem. I think it is time for me to steer myself to get to know more about Islam. Being born as a Moslem is no excuse not to learn more. In fact, I am ashamed to declare that I really don't know much about Islam.

So let me share a little of what I heard in Youtube about Da'wah as explained by brother Nouman Ali Khan. I kind of like the way he explained things about Islam, the teaching of Islam. He who admitted was an atheist when he was young and then came back to believing in Allah after listening to verses from the Qur'an, and be in a company of a good Moslem brother. He who was born a Moslem in a family who are all Moslem and practice some Islamic teachings.

What did he say about "Da'wah"?

Da'wah is an invitation, an extended respect or courtesy to Islam. It is an attitude to invite someone to something beautiful such as the Deen.

So friends, if it is an invitation, that means, the way it is done surely is in a manner that is courteous, polite and full of respect with no show of aggressiveness.

That also means, it may not need as much words to draw someone into Islam. It may be suffice by potraying good attitude, manners and behaviour, being kind and sincere and honest.

He also said that, with whom you are associated with, will be a reflection of who you are. There was a hadith he quoted this saying with. This is something we must seriously ponder and think about.

With regards to this, I must say, we actually do da'wah everyday in our life, without us realizing it. And we do it in our family, with friends, neighbours and the society. Don't you think so?

Anyway, if you are interested, do watch the Deenshow.com, okay.

Have a nice day ahead!


Monday, 8 August 2016

Alkisahnya dijangkiti TB


Setelah lebih 3 bulan batuk tanpa henti dan demam bila menjelang malam akhirnya Ana dapat tahu masalah yang mengganggu anak Ana.

Sebelum disahkan TB, sudah lebih 2 kali ke klinik. Setiap kali, doktor yang bertugas beritahu, 'Batuk biasa aje ni. Sekarang memang musim. Cuaca tak menentu..' Dah macam2 ubat batuk diminum, batuk tak juga berkurang. Sehinggakan anak Ana ditegur oleh pihak majikan dan dinasihati untuk ke hospital. Bagus juga pihak majikan perihatin. Sebelum berjaya mendapat temu janji dengan doktor pakar, anak Ana kena pakai 'mask' di pejabat setiap hari.

Macam mana anak Ana boleh dijangkiti TB? Tiada ahli rumah yang sebelum ini menghidapi TB.

Alkisahnya, di pejabat anak tu ada kes pekerja yang dihidapi TB. Anak pula mungkin mempunyai imun yang lemah sebab memang dah diserang batuk2 biasa. So mungkin itulah yang jadi penyebab kepada jangkitan.

Hari pertama anak di wad, seorang doktor pakar bertanyakan soalan,' Kenapa awak dimasukkan wad? Siapa yang arahkan awak masuk wad?' Pulak...

Selepas disahkan dijangkiti kuman TB, doktor yang sama sempat jengah anak Ana di wad pengasingan. Kata doktor tu, 'Saya tak sangka awak kena TB'. Hmmmm...??

Selama 2 malam Ana menemankan anak di hospital, Ana dah macam zorro. Pakai 'mask' setiap masa hatta nak solat n tidur pun. Aduhai...amatlah tidak selesanya...(But...is this not part of hijab, Ana? Covering part of the face?)

Sekarang anak sudah berada di rumah walaupun belum pulih. Kena kurung dia kat bilik pulak. Dilarang bercampur dengan ahli keluarga lain. Dan mesti pakai 'mask' setiap kali nak ambil makanan atau minuman di dapur. Mesti telan ubat yang diberi, ikut masa. Siap ada kad laporan yang perlu ditanda tangani lagi untuk pastikan ubat diambil setiap hari tanpa gagal.

Ahli keluarga lain? Kena buat pemeriksaan kesihatan juga nampaknya...

Allah, mudah2an kami semua terlindung dari dijangkiti kuman TB...Aamiin..

Sunday, 7 August 2016

Alahai...nape mesti terikut2?

Maaf terlebih dahulu la wahai kawan2 jika apa yang Ana nak tulis ni mungkin nampak macam kecik sangat pandangan Ana ni. Tapi, Ana hanya nak berkongsi pandangan sahaja. I think I am quite a liberal and open-minded person. But, there are things which I feel I cannot tolerate easily and feel very uneasy to be a part of.

Bukan nak mengata. Bukan nak menghina. Ana bukan ustazah. Bukan ahli agama. Ana hanya seorang wanita Melayu Islam yang berusaha memperbaiki diri sendiri (semoga Allah permudahkan usaha). Dalam minggu yang lalu, Ana jumpa 3 video yang dimuat naik ke FB yang menunjukkan acara tarian dalam majlis. Yang pertama, tarian ala-ala filem Hindustan dalam majlis kenduri kahwin. Yang kedua, tarian ala-ala orang Arab siap dengan gelek2 dalam majlis persidangan besar-besaran yang mengaku mempertahankan bangsa, dan yang ketiga, tarian zapin Melayu oleh pengantin Melayu. 

Komen Ana untuk video pertama. Acara tarian tu nampak macam untuk ahli keluarga sahaja dan untuk seronok-seronok. Pandai masing-masing menari. Terlintas pula dalam kepala Ana: Allah, ni dah macam majlis kahwin orang Sikh kot? Yang biasa kita saksikan dalam filem-filem Hindustan tu. For fun, that is very obvious. Tapi...kenapa nak buat cam tu ye? Kenapa dimuat naik ke dalam FB jika memang untuk ahli keluarga sahaja? Agak2...ada tak masyarakat luar yang akan konfius dengan apa yang disaksikan dalam video tu? Well, maybe we want to do something different but still .... when there are many aspects of our wedding ceremony is following the ritual of other beliefs, why add one more which obviously is against Islam? [Ok2...Ana faham: Aku punya majlis, aku punya suka lah kan nak buat apa?]

Komen untuk video kedua. Allahuakbar...ini lagi la melampau. Majlis persidangan kot. Yang hadir pun orang kenamaan kot? Bersongkok, berketayap pun ada kot? Bertudung, berselindang lip lap kot? I honestly not that much averse to the mixed gatherings between males and females for I am involved with this kind of gatherings many times. Gatherings for 'ilmu. But this gatherings..? Tak pe la. Still ada kebaikan inshaaAllah jika ada yang saling mengingati kepada melakukan kebaikan. Setakat yang Ana tahu mengenai gatherings Melayu ni, siap ada doa pada awal majlis. Tapi di tengah2 majlis macam ni...tarian gelek? Aduhai...berkat doa ada lagi kot? Kesian la para ustaz and ustazah serta haji dan hajah yang turut hadir majlis ini. And male being male...agaknya apa yang kalangan male ni lihat ye bila nampak perempuan bertudung tergedik2 menggelek backsides tu? Wallahu'alam. 

Video ketiga...i have to say this, caya la pengantin pandai menari zapin. Both the bride and bridegroom were doing the zapin. Wow! Won't say much about it. Just wish that the marriage will be as fun as the zapin all through out. And hopefully, when things get tough during the marriage, this couple will always remember the historical day of their life...dance away the problem and be jolly!

By the way, sudah ada kajian yang menunjukkan bahawa paksi bumi sudah berganjak dari asalnya...think about okay!

Saturday, 6 August 2016

Taking time to recover

Alhamdulillah...Sungguh Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Ana is back in my own room, no more rushing and facing the heavy traffic in the morning to Shah Alam. Travelling to work now is barely 15 minutes! What a bless. What a bliss.

There are downsides to not being there in Shah Alam...the elite group where the actions are. But Alhamdulillah, I have enough exposure and experience which many I believe have no such opportunity. I took up the challenge 5 years ago, and I think I made it pretty well.

Will be missing some of the fabulous meetings and the stimulated discussions though.

Now Ana, do concentrate on your normal task here, read more, write more and publish more!

Motivasi untuk diri Ana.


Thursday, 4 August 2016

Hi! Nama saya ANA

Assalamualaikum semua

InshaaAllah am back!

Setelah beberapa ratus purnama tidak menjengah ke sini. Padahal, I love writing...

The first time when I was contemplating starting my blog, I thought about what would be the best name I call myself here? I mean, should i write my first name as 'saya' or 'aku'. But i decided to use 'i'. Now am starting anew. I will when i write in BM, use my name...Ana.

Happy to restart blogging again. Yeah!