Monday, 8 August 2016
Alkisahnya dijangkiti TB
Setelah lebih 3 bulan batuk tanpa henti dan demam bila menjelang malam akhirnya Ana dapat tahu masalah yang mengganggu anak Ana.
Sebelum disahkan TB, sudah lebih 2 kali ke klinik. Setiap kali, doktor yang bertugas beritahu, 'Batuk biasa aje ni. Sekarang memang musim. Cuaca tak menentu..' Dah macam2 ubat batuk diminum, batuk tak juga berkurang. Sehinggakan anak Ana ditegur oleh pihak majikan dan dinasihati untuk ke hospital. Bagus juga pihak majikan perihatin. Sebelum berjaya mendapat temu janji dengan doktor pakar, anak Ana kena pakai 'mask' di pejabat setiap hari.
Macam mana anak Ana boleh dijangkiti TB? Tiada ahli rumah yang sebelum ini menghidapi TB.
Alkisahnya, di pejabat anak tu ada kes pekerja yang dihidapi TB. Anak pula mungkin mempunyai imun yang lemah sebab memang dah diserang batuk2 biasa. So mungkin itulah yang jadi penyebab kepada jangkitan.
Hari pertama anak di wad, seorang doktor pakar bertanyakan soalan,' Kenapa awak dimasukkan wad? Siapa yang arahkan awak masuk wad?' Pulak...
Selepas disahkan dijangkiti kuman TB, doktor yang sama sempat jengah anak Ana di wad pengasingan. Kata doktor tu, 'Saya tak sangka awak kena TB'. Hmmmm...??
Selama 2 malam Ana menemankan anak di hospital, Ana dah macam zorro. Pakai 'mask' setiap masa hatta nak solat n tidur pun. Aduhai...amatlah tidak selesanya...(But...is this not part of hijab, Ana? Covering part of the face?)
Sekarang anak sudah berada di rumah walaupun belum pulih. Kena kurung dia kat bilik pulak. Dilarang bercampur dengan ahli keluarga lain. Dan mesti pakai 'mask' setiap kali nak ambil makanan atau minuman di dapur. Mesti telan ubat yang diberi, ikut masa. Siap ada kad laporan yang perlu ditanda tangani lagi untuk pastikan ubat diambil setiap hari tanpa gagal.
Ahli keluarga lain? Kena buat pemeriksaan kesihatan juga nampaknya...
Allah, mudah2an kami semua terlindung dari dijangkiti kuman TB...Aamiin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum,
ReplyDeletesemoga cepat sembuh
Waalaikumussalam...terima kasih. InshaaAllah.
Delete